BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk berebut wang digugurkan dari ‘flying fox’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Penduduk berebut wang digugurkan dari ‘flying fox’​

geli-flying-fox.jpeg

Beribu-ribu pengunjung berebut wang tunai yang ditaburkan daripada flying fox baru-baru ini. - Lambe Turah

JAKARTA – Beribu-ribu penduduk di Klaten, wilayah Jawa Tengah memenuhi sebuah tarikan pelancong untuk mendapatkan wang tunai yang digugurkan oleh pemiliknya ketika melakukan aktiviti flying fox, lapor portal berita Lambe Turah.

Acara dikenali sebagai ‘hujan wang’ itu diadakan sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-81, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan wang tunai 5 juta rupiah (RM1,139) merangkumi wang kertas bernominasi antara 5,000 rupiah (RM1) hingga 100,000 rupiah (RM22) digugurkan  oleh pemilik tarikan pelancong berkenaan.

Penghulu Desa Wunut, Iwan Sulistya berkata, acara itu bukan sekadar hiburan tetapi satu bentuk kesyukuran atas kemajuan dalam sektor pelancongan serta tanda penghargaan kepada pengunjung Taman Tema Air Umbul Pelem.

Meskipun sesak, acara tersebut berjalan dengan lancar dan disukai orang ramai. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register