BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monyet tabur wang dari atas pokok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,598
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,598
Reaction score
323
Points
141

Monyet tabur wang dari atas pokok​

GELI-MONYET.jpg

PEGUAM, staf mahkamah dan orang awam masing-masing berkumpul di bawah pokok sewaktu monyet melemparkan wang tersebut. -AGENSI

NEW DELHI – Seekor monyet mencetuskan kekecohan di pekarangan mahkamah di Bulandshahr, negeri  Uttar Pradesh, selepas melarikan sebuah beg berisi wang tunai hampir Rs 2 lakh (sekitar RM8,500) lalu melemparkan  wang kertas dari atas pokok, lapor portal berita NDTV.

Kejadian luar biasa itu berlaku di pekarangan mahkamah ketika seorang lelaki hadir untuk menyelesaikan urusan berkaitan pendaftaran tanah.

Menurut laporan , wang tunai itu disimpan di dalam beg untuk pembelian setem hasil yang diperlukan bagi transaksi hartanah berkenaan.

Wang tersebut dilaporkan dibawa oleh Ravindra Lodhi, rakan sekerja kepada seorang peguam bernama Aamir.

Semasa berjalan melalui kompleks mahkamah, seekor monyet merampas beg tersebut daripada  tangannya dan melarikan diri sebelum memanjat sebatang pokok berhampiran.

Insiden itu mengejutkan orang ramai yang berada di lokasi dan mereka cuba mendapatkan semula beg tersebut dengan menjerit ke arah monyet itu dan melontar batu untuk menakutkannya.

Bagaimanapun, haiwan tersebut kekal bertenggek di atas dahan yang tinggi dan langsung tidak menghiraukan kekecohan di bawah.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila monyet tersebut berjaya membuka beg tersebut  mula mencampakkan wang kertas satu demi satu dari atas pokok.

Pada mulanya, orang ramai keliru melihat benda yang jatuh dari atas, namun sebaik menyedari bahawa kertas tersebut adalah wang denominasi  500 rupee (sekitar RM21) suasana bertukar kecoh apabila masing-masing berebut mengutip wang tersebut. – AGENSI

 
jgn disembah plak lepas nie
 
Back
Top
Log in Register