ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Penduduk bimbang jika aktiviti sekumpulan remaja yang membuat bising di laluan mati berhampiran Kondominium Vista Millenium tidak dibendung akan mengganggu pembelajaran murid di dua buah sekolah berhampiran.
PUCHONG - Hampir 1,000 penduduk Kondominium Vista Millenium di sini, meluahkan rasa tidak senang hati mereka dengan gangguan bunyi bising sekumpulan anak muda yang menjadikan jalan mati berdekatan pangsapuri sebagai tempat merempit.
Pernah memberitahu pernah beberapa kali perbuatan mat rempit itu ditegur, malangnya mereka pula dimarahi.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nani berkata, ibarat litar lumba kawasan itu digunakan tanpa mengira waktu, malah ada beberapa kumpulan lain menjadikan laluan itu sebagai 'port' kaki botol.
"Mereka langsung tak boleh ditegur, kami dah tak tahu nak buat apa. Hujung minggu pun tak tenteram sebab mereka lepak sampai pagi," katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul, berkata, dia tidak pasti kumpulan berkenaan tinggal di kawasan sama atau datang dari tempat lain.
Menurutnya, jika aktiviti kumpulan itu tidak dibendung, bimbang ia berlarutan dan mengganggu sesi pembelajaran murid di dua sekolah berhampiran.
"Mereka berjoget, berlumba motosikal dan selalu membuat bising hingga boleh didengari dari pangsapuri yang kami tinggal.
"Tolonglah pihak berkenaan pantau aktiviti budak-budak ini kerana tak tahu apa lagi yang dibuat mereka di situ," katanya.