BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk pindah, tak tahan bunyi bising masjid minta sumbangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
geli-penduduk-pindah.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan sebuah masjid di Desa Jejalenjaya, Bekasi. - TikTok

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Bekasi, wilayah Jawa Barat berpindah beramai-ramai kerana tidak tahan mendengar bunyi bising pembesar suara masjid yang kerap meminta sumbangan setiap hari, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Desa Jejalenjaya, daerah Tambun Utara.

Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @versaile0 memaparkan suara seorang lelaki sedang membuat pengumuman melalui mikrofon dan pembesar suara masjid pada waktu pagi.

Penduduk tempatan berkata, mereka berpindah untuk mencari ketenangan selepas diganggu selama dua tahun.

Rakaman itu mencatatkan lebih 122,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Umat Islam tidak boleh mengganggu dan harus menghormati antara satu sama lain,” kata seorang netizen.

“Saya pernah memberi teguran, kini saya dipanggil setan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register