BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendedahan RCI TH Bukan Politik Picisan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Pendedahan RCI TH Bukan Politik Picisan - PM Anwar​

3e4df39efe30b2eadff11fc312aecd546a6b571bed93f

7539757f876875bcfd614a8feb0791406a6b57238906c


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan isu tindakan politik picisan sebaliknya amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan jutaan umat Islam negara ini.

Beliau berkata laporan berkenaan perlu dilihat secara serius kerana ia antara lain mendedahkan teguran dan amaran yang pernah diberikan Bank Negara Malaysia pada 2014 dan 2017 berhubung keadaan kewangan TH, namun tidak diambil tindakan sewajarnya.

“Ini bukan isu politik. Ini soal amanah, satu tanggungjawab kita memelihara kepentingan umat,” katanya ketika berucap pada program Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, yang turut dihadiri Menteri Besar yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan RCI itu bukan dihasilkan oleh kerajaan pimpinan beliau.

Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan laporan berkenaan pada 11 Ogos ini membolehkan perkara itu dijelaskan secara terbuka berdasarkan fakta dan kandungan laporan.

 
Back
Top
Log in Register