BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapat anda tentang bayaran kelas forex

Salam. Saya masih baru lagi dalam dunia forex ni. Pernah pergi seminar RapidFX dan bayar RM500. Nampak ok jugala untuk yg masih baru macam saya. Saya terperasan ada satu lagi bengkel yang serupa tapi dianjurkan oleh ezGAINfx. Yuran pun murah jugak. So saya nak tanya ada sapa2 yang ada pergi seminar ezGAINfx ni? Macam mana ok ker ilmu yang diajar? Kalau OK saya ingat nak pergi jugak...

Tak kisah siapa yg buat kelas & bengkel bro, cuma sebelum hadiri mana² kelas tu minta dulu bukti kejayaan org yg membuat tawaran tersebut.

Minta dia punya login id dan trader's password akaun forex broker yg dia trading.

Kat situ leh tgk adakah dia berjaya atau berjaya buat kelas shj.

ps: trader's password (MT4) hanya utk read only acc tersebut.
 
Perlu ditekankan bahawa kami sekali-kali tidak akan memberi kepercayaan kepada technical indicator. Technical indicator sebenarnya tidak pernah dan tidak akan melahirkan hasil yang konsisten. Statistik menunjukan angka terbaru ia itu lebih dari 95% dari trader runcit mengalami kerugian dalam perniagaan forex dan 88% darinya adalah pengguna technical indicator…..tentu nya anda dapat membuat perbandingan antara fundamental dan techie. Btol ke ni??
 
masing2 ada cara yg tersendiri...kalo rasa leh profit silakn lah...jgn duk ngajar ilmu ngarut pastu cas tggi2..cian nubie
 
Perlu ditekankan bahawa kami sekali-kali tidak akan memberi kepercayaan kepada technical indicator. Technical indicator sebenarnya tidak pernah dan tidak akan melahirkan hasil yang konsisten. Statistik menunjukan angka terbaru ia itu lebih dari 95% dari trader runcit mengalami kerugian dalam perniagaan forex dan 88% darinya adalah pengguna technical indicator…..tentu nya anda dapat membuat perbandingan antara fundamental dan techie. Btol ke ni??

Jawapan dia macam ni je. Buat ape kita trade guna platform yg ade chart. Bukankah chart itu sendiri adalah indicator pd kita. Setiap Candle Stick yg terbentuk berbanding dgn masa itu adalah indicator utk membolehkan mata kita melihat dan menghantarnya ke otak utk di analisis.

Kalau tanpa teknik dan indicator simple kita just dengar news tanpa lihat chart kemudian terus buat phone call pd broker utk buka certain position.

Org yg buat statement di ats kalau kelasnya mempunyai content cara menganalisis chart maknanya dia sendiri masih memerlukan indicator dlm trading dan ternyata statementnya sudah tersasar.
 
Kelas Forex punya pasal

salam wat semua warga CG :)cgrock
aku ade masalah skit ni..cite dia cam ni ade seorang kawan aku ni (yang aku hormati) dia ade offer kelas forex kat aku dengan lifetime support harga RM800 ni salah satu contoh e-mail yg dia bagi aku :

salam,
soalan yang bagus... aku akan ajar ko 3 trading stategi.....1st stategi yang mana aku sendiri selalu guna dan memang stakat ni 85% berkesan, 2nd aku pakai gak tapi jarang... 3rd adalah indicator, cuma rujuk untuk panduan.... aku akan ajar macam mana nak entry position. aku akan ajar juga fibonaci. untuk set target profit..... psykologi trade dan juga money management...... cuma aku tak ajar eliot wave... sebab benda tu aku tak mahir lagi dan tak penting lagi.... itu untuk trader yang modal besar..... from time to time aku akan ajar bila aku dah mahir..aku akan online guide... bila ada ilmu baru aku akan share....

walau bagaimana pun,, lepas ko kelas ngan aku...... latihan perlu diteruskan sehingga keyakinan ada.... ko boleh ym ngan aku jika nak bertanya...... itu antara support yang aku bagi......

sebenarnya aku dah start harga rm1500.00. Tapi ngan ko je aku offer rm800. Aku dah ada studnt menunggu ujung bulan ni atau awal bulan depan insyaAllah... kalau ko dah ready ko masuk sekali ngan diaoranglah.....


dia ni bekas pelajar dari kelas forex link (minta jugak tolong bagi pendapat ttg kelas dari sini)[/SIZE][/COLOR]

ape pendapat semua sebab aku dah readykan duit mmg dalam hati nak pegi dah kelas yang member aku buat tu?

rasa macam tak lengkap ilmu kalau belajar tak berguru ni
 
Last edited:
Mungkin kelas dia betul² ok tapi sebaik²nya tgk dulu keberkesanan trade rekod dia.
 
pada pandangan saya kalau u zero knowledge tentang tecnical analysis,what u should cuba baca sikit,pas tu kalau pi kelas baru senang nak faham.Kat web macam2 free info on TA
 
mahalnyeeee#:-S#:-Sleh wat modal trade pstu mc byk2 kali da tuh,pstu borink mc profit plak sampai bila2..insyallah:D:D
 
salam wat semua warga CG :)cgrock
aku ade masalah skit ni..cite dia cam ni ade seorang kawan aku ni (yang aku hormati) dia ade offer kelas forex kat aku dengan lifetime support harga RM800 ni salah satu contoh e-mail yg dia bagi aku :

rasa macam tak lengkap ilmu kalau belajar tak berguru ni

Berguru tu bagus sebablepas masuk kelas ko akan bersemangat nak trade dan start bukak real akaun:D. Ko akan jadi trader yang berilmu dan mula menjana profit:)):))..tapi bila dah lama-lama ko akan kena margin call dan lepas tu ko akan menyalahkan diri sendiri dan jugak rasa kelas yang diambil tak berbaloi dan rasa rugi pulak sebab bayaran kelas tu boleh ko buat capital untuk trade lagi...:mad::mad:

Betul kata member-member lain, check dulu history dan performance dier.. tanya bekas murid-murid dia. Pengalaman aku la, aku ikut kelas nasir y a.k.a kuasa forex. Memang betul ada benda yang aku dpt masa belajar tu tapi bila aku belek-belek balik dalam cg ni lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak yang aku boleh dapat...:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Tapi pada aku itu semua terpulang pada ko. Aku cuma bagitau pengalaman aku jek. Nanti ko tak penah ke kelas, ko tak tau pulak camana ropa kelas tue nanti..:)).. terpulanglah, tepuk dada tanya selera.. tepuk duit modal tu tanya lagi.. nak ke kelas ke atau nak bljar kat cg..:))

p/s-kan ko tgh blajar csr100?? blajar satu-satu bai:-?.. dah donlod ebook ulangkaji csr100?.. nnt add skype aku..sputra1976 aku kasik kat ko

-tekan thanks kalo suke nasihat aku:)):))
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13662
USD / JPY
157.350
GBP / USD
1.32470
USD / CHF
0.83235
USD / CAD
1.41819
EUR / JPY
178.847
AUD / USD
0.70105
Back
Top
Log in Register