BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakap gigi saya dijangka cabut Julai ini – Aisha Retno

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Pendakap gigi saya dijangka cabut Julai ini – Aisha Retno​

AISHA-BUKA-BRACES.jpeg

AISHA dijangka bakal cabut pendakap gigi sebelum pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical bermula.

Pendakap gigi saya dijangka cabut Julai ini – Aisha Retno" PETALING JAYA – Susulan pengumuman dirinya sebagai teraju utama pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), penyanyi Aisha Retno mendedahkan bakal membuka pendakap gigi yang dipakainya pada Julai depan.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memaklumkan tindakan tersebut dibuat memandangkan tempoh pemakaian alat tersebut sememangnya sudah mencukupi.

“Pendakap gigi saya sudah dijangka untuk cabut paling awal Julai ini.

“Cukup tiga tahun memakai pendakap gigi,” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Sutera itu, dia kemungkinan hanya akan menggunakan pengekang gigi (retainer) sahaja sepanjang penglibatannya dalam projek-projek besar akan datang.

“Jadi, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ogos ini dan PGLM Oktober nanti, insya-Allah pakai retainer sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aisha diumumkan sebagai watak Gusti Putri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater terbitan pelakon Puan Seri Tiara Jacquelina.

Sejurus pengumuman tersebut, rata-rata peminat setia menyarankan agar Aisha membuka pendakap giginya demi memastikan penampilannya kelihatan lebih natural dan bersesuaian dengan estetika zaman klasik watak legenda berkenaan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Aisha, cepat2lah cabut braces tu! Nanti tak sempat nak pikat awan biru masa AJL. Tapi kan, dia tu lawa je dgn braces. 😎💁‍♀️ Tggu story IG lepas cabut ye, mesti lain giler!

 
Back
Top
Log in Register