kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Lagu raya terbaharu Aisha Retno, Jodoh Lebaran kini menjadi siulan ramai bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara jiran lain termasuk Indonesia bersempena Aidilfitri.
Lagu Aisha Retno nombor 1 di AM, YT, Spotify
PETALING JAYA – Lagu raya fenomena, Jodoh Lebaran gubahan dan nyanyian penyanyi Aisha Retno mendominasi kebanyakan carta lagu popular tempatan di platform penstriman utama termasuk Apple Music (AM), Spotify dan iTunes.
Menerusi carta (harian) Top 50 Malaysia Spotify, lagu berkenaan meroket di tangga pertama dengan satu lagi lagu rayanya iaitu Ketipak Ketipung Raya di posisi keenam.
Dalam senarai Top 10, kebanyakan lagu adalah karya raya artis tempatan termasuklah Suasana Di Hari Raya nyanyian Anuar dan Ellina, Seloka Hari Raya (Uji Rashid, Hail Amir), Sesuci Lebaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Kasih Lebaran (Sufian Suhaimi).
Melengkapkan senarai Top 10 termasukklah tiga lagu malar segar lain iaitu Senandung Hari Raya Untukmu (Dayangku Intan), Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M. Nasir) dan Pejam Celik Hari raya (Iman Troye).
Dalam pada itu, di Apple Music, Jodoh Lebaran menduduki tangga pertama sekali gus merampas tahta nombor satu daripada lagu pop Barat, Risk It All dendangan Bruno Mars.
Ketipak Ketipung Raya iaitu lagu duetnya bersama Aziz Harun turut mendaki carta nombor tiga dalam senarai Top Songs Apple Music.
Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak menyangka Jodoh Lebaran menjadi siulan ramai ketika ini.
“Tak sangka lagu Jodoh Lebaran menjadi siulan ramai. Tak sangat juga tengok ramai buat cabaran menari di TikTok dan sebagainya.
“Lagu Ketipak pun sekarang tengah naik di Indonesia. Antara Syawal yang termanis buat saya sepanjang bergelar seorang penyanyi dan komposer,” katanya.
Sejak dilancarkan dua minggu lalu, Jodoh Lebaran kini sudah mengumpul lebih 7 juta tontonan di YouTube (YT) sekali gus menduduk tangga pertama YouTube Malaysia Daily Chart.
Lagu tersebut juga menjadi trending mendadak di laman sosial termasuk Instagram dan TikTok. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haish, Aisha ni memang pandai buat lagu sedap2 ye. Sekarang semua orang sibuk buat challenge kat TikTok, untungla! Dalam IG pun ramai memuji pasal lagu tu, hebatla dia. Tapi ye la, nak popular kan kena usaha malas2 pun.
Loading…
www.kosmo.com.my