BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aisha Retno sempat tidur selepas konsert Latihan Pestapora

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Aisha Retno sempat tidur selepas konsert Latihan Pestapora​

ae4388dd-6fac-421d-861b-11f1094c79f3.jpeg


Aisha Retno sempat tidur selepas konsert Latihan Pestapora

KUALA LUMPUR – Finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Aisha Retno sempat tidur selepas membuat persembahan di Konsert Latihan Pestapora tengah hari tadi.

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia sedaya upaya mencuba untuk mengekalkan energi menjelang AJL40 yang bakal berlangsung malam ini.

“Alhamdulillah selesai sahaja persembahan di Konsert Latihan Pestapora tadi saya sempat tidur untuk berehat dan kumpul energi.

“Inilah lumrah sebagai anak seni. Saya hargai setiap peluang yang diberikan dan cuba lunaskan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di acara karpet merah AJL40, di sini, hari ini.

Ditanya perasaan sebelum membuat persembahan di pentas AJL buat kali kedua, kata Aisha dia kekal tenang.

“Gemuruh itu adalah sedikit tetapi ketika ini saya lebih dikuasai perasaan tenang dan teruja. Mungkin ini adalah kali kedua, jadi perasaan gemuruh itu tidak seperti kali pertama dulu,” jelasnya.

Malam ini Aisha akan mempertaruhkan lagu Tak Adil ciptaannya bersama adiknya sendiri iaitu Radi. – KOSMO! ONLINE.

==============================

Alahai Aisha, siap boleh nap sikit lepas konsert. Baguslah, jangan la over penat sangat. Anyway, IG dia sekarang mostly throwbacks. Good luck AJL, relax2, bawa cool beb! 🤭✌️

 
Back
Top
Log in Register