BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencalonan bagi Anugerah Persuratan 2026 dibuka hingga 15 Sep

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Pencalonan bagi Anugerah Persuratan 2026 dibuka hingga 15 Sep​

screenshot_2026-08-11_145444_0.jpg

Anugerah Persuratan. (Gambar: Laman bookcouncil.sg)

SINGAPURA: Penyertaan dan pencalonan bagi anugerah utama Singapura yang mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang persuratan Melayu, Anugerah Persuratan 2026, dibuka pada Selasa (11 Ogos) dan ditutup pada 15 September 2026 pukul 6.00
petang.


IKLAN
Edisi tahun ini memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi memastikan anugerah-anugerah yang disampaikan terus mencerminkan perkembangan semasa persuratan Melayu, di samping mengekalkan piawaian ketat dalam menilai kecemerlangan karya.

Karya yang diterbitkan antara 2023 hingga 2025 layak dipertimbangkan untuk edisi 2026.

HADIAH PERSURATAN BAGI 6 GENRE

Hadiah Persuratan akan dianugerahkan bagi enam genre: Cerpen, Esei/Kajian Sastera, Novel, Puisi, Sastera Kanak-Kanak, dan Skrip Drama Pentas (sebelum ini dinamakan Drama (untuk Pentas).

Kategori Sastera Kanak-Kanak diperluaskan untuk menerima pelbagai jenis karya bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, mencerminkan kepelbagaian karya sastera yang semakin berkembang dan diterbitkan untuk pembaca cilik.


IKLAN
Sementara itu, genre Esei/Kajian Sastera diperhalusi untuk memberi tumpuan khusus kepada memoir dan karya bukan fiksyen kreatif yang berkaitan dengan tokoh persuratan, gerakan persuratan atau masyarakat persuratan, sekali gus memperkukuh usaha mendokumentasi dan meneliti warisan persuratan Singapura.

Bagi mengekalkan integriti pengiktirafan persuratan berbahasa Melayu, buku dwibahasa tidak layak dipertimbangkan dalam semua kategori.

Selain itu, semua karya yang dihantar mestilah berbentuk buku bercetak dengan ISBN yang sah bagi memastikan konsistensi dalam penilaian karya terbitan.

Bagi genre Skrip Drama Pentas, karya yang diterbitkan tanpa nombor ISBN tetapi boleh didapatkan secara komersial akan diterima.

SEMAKAN HADIAH WANG TUNAI


IKLAN
Edisi 2026 turut memperkenalkan semakan jumlah hadiah wang tunai bagi kategori tertentu.

Penerima Hadiah Persuratan akan menerima S$3,000 manakala Anugerah Harapan bernilai S$2,500.

Struktur hadiah yang disemak ini mencerminkan komitmen penganjur untuk menjamin kesinambungan anugerah, selain terus mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan terhadap persuratan Melayu Singapura.

Anugerah Tun Seri Lanang dan Anumerta Tun Seri Lanang masing-masing akan terus mengekalkan hadiah wang tunai sebanyak S$5,000 dan S$2,000.

Jawatankuasa Anugerah Persuratan 2026 dipengerusikan oleh Dr Nuraini Ismail, Pensyarah dan Penyelaras Bahasa Melayu, Sekolah Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


IKLAN
Mengulas tentang anugerah ini yang kembali diadakan, Dr Nuraini Ismail berkata: “Anugerah Persuratan kekal komited sebagai kemuncak pengiktirafan dalam meraikan dan mengiktiraf sumbangan sasterawan Melayu di Singapura.

"Melalui anugerah berprestij ini, karya-karya terbaik diberi penghormatan, sekali gus mengilhamkan generasi akan datang untuk terus memperkaya khazanah persuratan serta warisan sastera Melayu di Singapura.”

Empat anugerah akan disampaikan semasa Anugerah Persuratan 2026:

● Hadiah Persuratan, bagi enam kategori persuratan

● Anugerah Tun Seri Lanang, mengiktiraf sumbangan cemerlang terhadap
bahasa dan persuratan Melayu

● Anumerta Tun Seri Lanang, menghargai tokoh yang telah meninggal dunia
tetapi memberi sumbangan besar sepanjang hayatnya

● Anugerah Harapan, mengiktiraf penulis muda berusia bawah 40 tahun yang menunjukkan potensi besar dalam bidang persuratan.

Bagi Hadiah Persuratan, karya yang layak mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu, dihasilkan oleh rakyat tempatan atau Penduduk Tetap (PR) Singapura, diterbitkan antara 2023 hingga 2025 sama ada di Singapura atau luar negara, serta mempunyai ISBN yang sah.

Penyertaan dan pencalonan mesti dibuat secara online.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

 
Back
Top
Log in Register