BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Penarik kereta langgar saya
KUALA LUMPUR: Hanya kerana gagal membayar ansuran tunggakan kereta berjumlah RM3,000, nyawa seorang tukang masak hampir melayang selepas dirempuh kereta dipandu samseng penarik kereta.
Perbuatan luar biasa samseng tarik kereta yang diupah pihak bank berkenaan dianggap melampau apatah lagi selepas mangsa dilanggar ketika berada di hadapan balai polis selain kejadian turut disaksikan beberapa anggota polis.
Mangsa, Lee Kinm Han, 26, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Jumaat lalu, dia dihampiri seorang lelaki tidak dikenali ketika membeli barang di Plaza Pudu, Jalan Pudu, di sini.
Menurutnya, lelaki berusia 30-an yang mendakwa pekerja tarik kereta dan diarah pihak bank untuk ‘menarik’ keretanya.
“Saya yang terkejut dengan kejadian itu mulanya enggan menyerahkan kereta Toyota Vios berkenaan hingga menyebabkan berlaku pertengkaran. Lelaki itu kemudian berkeras mahu saya membayar RM1,500 serta-merta sekiranya mahu arahan tarik kereta itu dibatalkan.
“Ketika bertengkar itu, sebuah kereta peronda polis kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum saya dan lelaki berkenaan diarah ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Pada masa sama lelaki terbabit yang mengekorinya ke balai polis menaikkan kadar bayaran kepada RM2,000 sekiranya mahu keretanya dibebaskan.
Sumber: H.Metro

Last edited: