BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penarik kereta cedera ditembak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mior Faridalathrash Wahid​

PULAU PINANG 5 April - Seorang penarik kereta cedera di bahagian lengan kanan setelah terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang suspek berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan selepas mangsa dibawa ke hospital dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku membabitkan sekumpulan lelaki yang menaiki tiga buah kereta.

Menurutnya, mangsa dikatakan dihampiri kenderaan yang dinaiki kesemua suspek terbabit sebelum salah seorang yang dikenali mangsa melepaskan satu das tembakan ke arahnya.

“Kecederaan mangsa tidak begitu serius dan dirawat sebagai pesakit luar dan usaha memburu suspek utama dan rakan-rakannya sedang giat dijalankan pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan mulut melibatkan dua kumpulan pelanggan dengan seorang lelaki di sebuah pub di pusat bandar beberapa jam sebelum insiden berlaku.

Jelasnya, pertelingkahan itu dikatakan gagal dileraikan menyebabkan dua kumpulan terbabit tidak berpuas hati.

“Bagaimanapun suspek dilaporkan tersalah sasaran apabila melepaskan tembakan ke arah mangsa yang juga rakan kepada lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 307(1) Kanun keseksaan.

Tambah beliau, pihaknya juga sudah mengenal pasti kesemua suspek terbabit dan percaya akan menahan semua terlibat dalam tempoh terdekat.
 
Back
Top
Log in Register