BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak peneroka cedera ditembak di muka ketika halang pencuri lembu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
391414-391414.jpg


Anak peneroka cedera ditembak di muka ketika halang pencuri lembu

Tanah Merah: Seorang anak peneroka Felda cedera selepas ditembak sekumpulan lelaki yang dipercayai penyeludup lembu dalam cubaan mencuri di Kemahang 1, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an dilaporkan sedang tidur apabila sekumpulan antara empat hingga lima lelaki memasuki kampung dan cuba mencuri lembu milik penduduk.

Sumber berkata, mangsa menyedari perbuatan itu dan kekecohan yang berlaku menyedarkan penduduk kampung yang kemudian bergegas keluar dari rumah dan cuba mengepung penjenayah.

"Apabila mendengar jeritan mangsa, penduduk keluar dan cuba mengepung.

"Bagaimanapun, penjenayah melepaskan beberapa das tembakan, salah satunya terkena pada pipi mangsa," kata sumber itu.

Mangsa dikejarkan ke hospital daerah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

NST sedang cuba menghubungi Ketua Polis Kelantan dan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, satu lagi sumber mendakwa kumpulan itu dipercayai sebahagian daripada sindiket penyeludupan lembu yang aktif beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Mereka juga dipercayai bersekongkol dengan penduduk tempatan untuk mencuri ternakan bagi tujuan dijual semula.

Sharifah Mahsinah Abdullah
Kredit➡️ Harian Metro
 
Kes nembok di Felda Kemahang awal pagi tadi. Geng curi lembu pun ada bedil weh.

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH TANAH MERAH
PENGESAHAN KES TEMBAKAN DI LADANG KEMAHANG TANAH MERAH, KELANTAN.


Sekitar jam 2.30 pagi, mereka telah terserempak dengan sekumpulan lebih kurang lima lelaki yang dipercayai terdiri daripada warga tempatan dan warga Thailand.

Suspek kemudiannya dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat menggunakan senjata api ke arah pengadu dan rakannya.

Akibat kejadian itu, pengadu bersama rakan bertindak melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Salah seorang rakan pengadu, Mohd Khairul Amri bin Ab Kadir, 43 tahun, telah terkena tembakan di bahagian dagu. Mangsa kemudiannya
dikejarkan ke Hospital Tanah Merah dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan.


Polis memaklumkan bahawa suspek dianggarkan seramai lima orang dan usaha mengesan serta menangkap semua individu yang terlibat sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

(MOHD HAKI BIN HASBULLAH) SUPT
KETUA POLIS DAERAH TANAH MERAH


14213822548793629-391532.jpg

14213822548793629-391533.jpg

14213822548793629-391534.jpg
 
Back
Top
Log in Register