BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 cedera ditembak di London

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,442
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,442
Reaction score
279
Points
146
3509123.webp

Poli menjalankan operasi pencarian suspek yang melepaskan tembakan di sekitar kawasan London. Foto Anadolu Agensi

LONDON - Empat individu dikejarkan ke hospital akibat terkena tembakan yang dilepas dari sebuah kenderaan di selatan London pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan kritikal, manakala tiga yang lain berusia 21, 47 dan 70 tahun mengalami kecederaan namun, tidak serius.

Insiden berkenaan berlaku di kawasan Brixton.

Menurut Polis Metropolitan seperti dipetik BBC, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi di Coldharbour Lane selepas menerima laporan kejadian.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

Polis turut menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan Southwyk House di Coldharbour Lane pada sebelah petang hari sama.

 
Back
Top
Log in Register