BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
14191954277887021-382979.jpg

14191954277887021-382980.jpg

14191954277887021-382981.jpg

14191954277887021-382982.jpg

14191954277887021-382983.jpg

14191954277887021-382984.jpg


Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera

Bernama

NARATHIWAT: Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus pulang dari sidang Parlimen di Bangkok, semalam.

Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak, berkata Kamolsak terselamat dalam kejadian itu itu namun, dua pegawai pengiring beliau tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Wisan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi ketika Kamolsak pulang ke kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai selepas menghadiri proses pengundian Perdana Menteri baharu di Bangkok.

Menurut beliau, empat lelaki dipercayai sudah menunggu mangsa di hadapan kediaman sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan rasmi Ahli Parlimen itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pagi tadi, beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas menyerang mangsa.

Wisan berkata polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki suspek, dan keterangan daripada mangsa akan diambil dalam masa terdekat. - BERNAMA

Artikel : Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register