BTC USD 84,488.4 Gold USD 4,282.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penapis air Punca Demam Denggi

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Mesin Penapis/dispenser Air Boleh Menjadi Punca Kepada Demam Denggi



[Confession] Admin. Tolong hide nama saya. Saya nak kongsi pengalaman dan harap admin dapat share di page PHM. Pada seminggu yang lepas, anak lelaki saya yang berumur 5 tahun kena demam dan muntah-muntah. Kami bawa ke klinik dan doktor suspek denggi dan beliau arahkan kami untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Di hospital, doktor kecemasan confirmkan yang anak kami menghidap penyakit demam denggi dan memerlukan rawatan di dalam wad ICU kerana kandungan darah kuningnya rendah bawah 50.

Doktor kata peluang untuk keadaan anak saya menjadi lebih teruk adalah tinggi dan jika teruk, anak saya terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub untuk bantuan pernafasan.

Doktor bertanyakan adakah rumah dan kawasan kami terdapat nyamuk aedes dewasa? Kami terkejut seketika, dan menjawab tiada. Dalam hati saya, ini mungkin dekat tadika anak kami.

Terus terang, saya dan keluarga adalah sangat pembersih. Jiran-jiran pun sama. Kawasan rumah kami jarang ada orang kesihatan datang sembur nyamuk.

Tidak sampai 24 jam masuk ke ward, ada inspektor kesihatan menelefon kami dan meminta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan di rumah kami pada hari yang sama. Saya tidak kisah sebab saya yakin ianya bukan berpunca di rumah saya lalu saya benarkan.

Tipulah kalau sebelum mereka datang, saya tidak mengemas dan cuba mencari punca tempat pembiakan sebab saya tidak mahu dikompaun rm500. Daripada pasu bunga, longkang, sampai ke dalam tangki air tandas saya cari. Memang tiada pembiakan anak nyamuk.

Tidak lama selepas itu, dua orang pegawai kesihatan datang. Antara perkara pertama mereka tanyakan adalah, adakah saya menggunakan mesin penapis air? Ya. Saya jawab. Ianya di dapur. Terkejut saya bila lihat, anak nyamuk berenang-renang di dalam bekas tadahan air. Saya tidak pernah menyangka ianya boleh menjadi punca kepada anak saya terkena demam denggi.

Saya diberitahu oleh pegawai kesihatan tersebut, terdapat banyak kes mesin penapis air jadi tempat pembiakan nyamuk. Hampur semua mesin penapis air akan ada bekas tadahan air sebegini. Jadi untuk mengelakan pembiakan, disarankan untuk dibersihkan setiap minggu.

Cara nak bersihkan pula tidak cukup dengan mengeringkan sahaja. Bekas tersebut perlu diberus agar telur nyamuk yang terlekat dapat dibuang dengan sepenuhnya.

Ternyata perkara yang diberitahu pegawai berkenaan adalah benar, dimana pemeriksaan rumah jiran saya juga menemui pembiakan nyamuk di dalam bekas takungan mesin air. Walaupun jenama berbeza, ianya tetap boleh menakung air. Saya dan jiran saya dikompaun kerana pembiakan nyamuk tersebut.

Saya tidak berapa kisah sangat pasal kompaun kerana yang merisaukan saya ketika itu cuma anak kami. Alhamdulillah, anak saya telah keluar daripada hospital dan sembuh namun masih perlu ke klinik kesihatan untuk rawatan susulan.

Saya share pengalaman ni agar ramai tahu, lebih2 lagi kepada pengguna mesin penapis air untuk membersihkan bekas tadahan air mereka kerana ianya mungkin dapat mencegah keluarga dan jiran anda daripada terkena penykit denggi.

attachment.php
 

Attachments

Mesti supplier cuckoo dgn coway x puas hati dgn posting sbb brand derang je bold n font terlebih besar dari “dan semua jenis dispenser”
 
bukan penapis air puncanya,
dia sendiri punca anak dia kena denggi..
pakai tau, bersihkan harapkan maintenance datang bulanan ajek..
kecoh la dia..

(feveret den, nampak je berpuluh jejentik ada, haaa tekan air paneh, setel, hehe)
 
bukan penapis air puncanya,
dia sendiri punca anak dia kena denggi..
pakai tau, bersihkan harapkan maintenance datang bulanan ajek..
kecoh la dia..

(feveret den, nampak je berpuluh jejentik ada, haaa tekan air paneh, setel, hehe)

betul ni default owner.. benda tu memang nak kena tgk selalu.. ni pun takkan nak tunggu servis ejen datang bersihkan.. sendiri kena ingatle
 
kadang terlupe mmg berenang2 la jentik2 dlm tu padahal hari2 mengadap....
 
Back
Top
Log in Register