BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan Penapis Air RO Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan Tanpa Kita Sedar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Masalah kesihatan boleh terjadi jika seseorang mengambil air RO, dan tidak mendapatkan mineral secukupnya daripada makanan. Boleh dikatakan rata-rata rumah kini memiliki penapis air yang dapat memudahkan mereka mendapatkan air minuman bersih tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Antara jenis penapis air yang banyak digunakan adalah dengan sistem osmosis berbalik atau lebih dikenali sebagai ‘reverse osmosis’ (RO). Namun siapa sangka perkakas yang digunakan untuk memudahkan urusan seharian ini mempunyai risiko tersembunyi.
1752660737869.png
 

Individu Kongsi Rasa Dahaga Teruk Walaupun Selepas Minum Banyak Air

Baru-baru ini, seorang individu di Threads (@auniez) berkongsi pengalaman dia mengalami rasa dahaga yang teruk ketika berpuasa. Dia yang merupakan pengguna tegar air RO berkata rasa dahaganya tetapi tidak hilang walaupun telah minum air dengan banyak sewaktu berbuka puasa. Dia kemudiannya tertanya-tanya sama ada rasa dahaga itu disebabkan oleh pengambilan air RO.

“Tersedar air RO ke punca dahaga sangat tu? Terus cari air mineral. Esoknya dah tak dahaga macam masa minum air RO,” katanya.


 

Penapis RO Boleh Singkir Hampir Kesemua Mineral Dalam Air

Sehubungan itu, dia turut berkongsi hantaran oleh Public Health Malaysia yang menjelaskan bahawa pengambilan air RO berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan. Perkara ini berlaku apabila badan tidak dapat menerima mineral yang mencukupi daripada makanan dan air RO.Walaupun penapis RO cekap dalam menapis logam berat, bakteria dan bahan tercemar, namun ia juga menyebabkan hampir semua mineral penting disingkirkan termasuk kalsium dan magnesium. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan air RO pula yang menyerap dan mengambil mineral dari dalam badan.

“Jika penapis air anda guna sistem RO, air yang diminum itu mungkin hampir tiada mineral,” katanya.

Boleh Alami Jantung Berdebar & Susah Tidur Jika Tak Cukup Mineral

Mineral sememangnya boleh didapatkan daripada makanan. Namun jika seseorang jarang atau tidak gemarkan makanan tinggi mineral seperti kekacang, sayur hijau dan susu, tubuh badannya akan kekurangan zat penting. Antara gejala yang dialami apabila tubuh badan tidak mempunyai mineral yang mencukupi termasuk;
  • Keletihan walaupun cukup tidur.
  • Kekejangan atau rasa mencucuk.
  • Jantung rasa berdebar.
  • Pening atau rasa melayang bila berdiri.
  • Susah tidur atau rasa cemas.
Selain itu, simptom yang berlainan akan dirasai berdasarkan kekurangan mineral tertentu seperti;
  • Kalsium – Tulang rapuh dan lenguh, rasa mencucuk di jari, gusi mudah berdarah, risiko osteoporosis dan karies gigi.
  • Magnesium – Keletihan berterusan, susah tidur dan cemas.
  • Kalium – Lemah otot dan kejang otot.
 

Tambah Filter Mineral Pada Penapis Air RO Untuk Tingkatkan Mineral

Walaupun begitu, ini tidak bermakna anda perlu menukar penapis RO yang sudah dibeli. Sebaliknya ambil langkah-langkah berikut bagi mengelakkan badan kekurangan mineral penting:
  • Ambil makanan kaya mineral setiap hari.​
  • Pertimbangkan untuk tambah filter mineral jika guna penapis RO sepenuhnya.​
  • Selang-selikan dengan air mineral semulajadi.​
  • Amalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang​
 

Mineral Natrium Berlebihan Boleh Tingkatkan Risiko Preeclampsia Dalam Ibu Hamil

Walaupun mineral penting untuk tubuh badan, namun diingatkan bahawa pengambilannya secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah. Berdasarkan perkongsian oleh seorang wanita di Threads (@asmah.khairul), ibu hamil lebih-lebih lagi yang sudah di trimester ketiga tidak boleh minum air mineral yang tinggi kandungan silika dan natrium. Katanya, ini kerana ibu hamil mempunyai risiko tinggi mengalami batu karang selepas bersalin. Oleh itu pengambilan mineral silika dan natrium secara berlebihan boleh memberi tekanan pada buah pinggang.
FI-TRP-BK-2025-07-15T182749.329.jpg.webp

Di samping itu, mineral tersebut juga berpotensi menyebabkan tekanan darah tinggi termasuk preeclampsia, sekaligus meningkatkan risiko antaranya:
  • Uri terasing daripada uterus (placental abruption).
  • Perkembangan janin lemah disebabkan kekurangan nutrien dan oksigen.
  • Kelahiran pra-matang.
  • Bayi mempunyai berat badan rendah sewaktu dilahirkan.
  • Merosakkan buah pinggang, hati, otak dan organ lain serta sistem darah.
  • Risiko penyakit jantung tinggi.
Malah berdasarkan satu jurnal artikel, pengambilan natrium atau garam yang banyak oleh ibu hamil dapat memberi kesan kepada perkembangan buah pinggang janin.
 

Bayi Tidak Boleh Minum Air Mineral Sehingga Umur Setahun

Selain ibu mengandung, bayi juga tidak sepatutnya mengambil air dengan kandungan mineral tinggi memandangkan sistem organnya masih lemah. Buah pinggang bayi yang belum matang sepenuhnya juga tidak dapat memproses kandungan mineral tinggi. Health Service Executive Ireland mengingatkan agar bayi diberi air paip yang dimasak dan air minuman botol sehingga umur mereka mencecah setahun.

“Elakkan memberi air botol dengan label ‘air minuman semulajadi’. Ini kerana ia boleh mengandungi kadar natrium dan mineral lain tinggi,” katanya.
FI-TRP-BK-2025-07-15T182958.333.jpg.webp
 
Back
Top
Log in Register