Podcast #113 : "Kat Australia, kalau pesakit umur 55 tahun masuk wad sebab sakit jantung, hospital jadi kecoh. Diorang anggap itu pesakit sangat muda. Tapi bila saya balik Malaysia, umur 25, 30, 35 tahun kena serangan jantung... itu perkara biasa setiap hari."
[
INI ADALAH PENGETAHUAN UMUM, BUKAN NASIHAT RASMI PERUBATAN. SILA RUJUK DOKTOR ANDA
]
Kita ada masalah besar.
Masalah yang kita buat-buat tak nampak, atau mungkin kita memang tak tahu.
Dr. Onn Akbar Ali. Beliau bukan calang-calang doktor. Pakar jantung (Cardiologist).
Pengalaman beliau?
20 tahun berkhidmat di Australia sebelum balik ke Malaysia berkhidmat di Lembah Klang.
Bila dia balik Malaysia, dia alami satu "Culture Shock" dalam dunia perubatan.
Dekat Australia, purata umur pesakit jantung adalah 50 hingga 60 tahun ke atas.
Dekat Malaysia? Umur 20-an dan 30-an dah mula tumbang.
Persoalannya, kenapa?
Adakah sebab keturunan? Genetik orang Malaysia ni memang lemah jantung ke?
Dr. Onn jawab straight to the point:
"Mustahil genetik berubah dalam satu generasi."
Cuba tengok atuk nenek kita dulu.
30-40 tahun lepas, orang meninggal sebab jangkitan kuman, pneumonia, atau penyakit berjangkit. Bukan sebab saluran darah tersumbat.
Kalau genetik, takkan tiba-tiba satu generasi ni semua genetik rosak serentak?
Jawapannya ada pada GAYA HIDUP.
Dr. Onn cerita pengalaman dia masa mula-mula sampai Australia tahun 1990.
Pukul 5 petang, semua kedai tutup.
Pukul 6 petang, kalau tak ada makanan kat rumah, kau tidurlah lapar.
Tak ada kedai mamak 24 jam. Tak ada food delivery tengah malam.
Orang sana makan malam awal. Portion mereka terkawal.
Steak sekeping, kentang sikit, sayur sikit, air kosong. Selesai. Itu makan malam mereka.
Kita kat Malaysia?
Pagi makan nasi lemak.
Sampai ofis pukul 10, ngeteh makan kuih.
Tengah hari lunch nasi kandar.
Pukul 4 petang meeting ada karipap pusing.
Balik kerja singgah beli pisang goreng.
Malam makan nasi lagi.
Sebelum tidur pekena supper.
Kita makan terlalu kerap.
Kita makan dalam portion yang besar.
Dan jenis makanan kita penuh dengan gula, minyak, dan tepung.
Dr. Onn sebut satu benda yang menakutkan tentang "Trans Fat".
Minyak yang diguna berulang kali, marjerin, pelanta.
Ini racun senyap.
Bila masuk dalam badan, badan kita tak ada mekanisma nak buang trans fat ni.
Dia akan duduk situ, menyebabkan keradangan (inflammation), dan akhirnya menyumbat saluran jantung.
Walaupun awak lari 15km sehari, "You can never outrun a bad diet."
Senaman itu bagus, tapi kalau pemakanan hancur, senaman tak mampu 'cover' kerosakan yang dibuat oleh trans fat dan gula.
Bercakap pasal gula.
Dr. Onn ditanya, mana lagi jahat? Gula atau Garam?
Jawapannya: GULA.
Gula adalah punca segala masalah.
Badan kita akan berhempas pulas nak kawal gula. Insulin akan bekerja keras.
Bila insulin tinggi memanjang, ia akan bagi arahan pada buah pinggang: "Simpan garam, simpan air."
Sebab tu ramai orang kaki bengkak, tekanan darah naik. Puncanya bukan semata-mata makan garam, tapi sebab gula yang kacau sistem badan.
Habis tu, garam okey ke?
Kalau awak tak ada darah tinggi, secubit garam (sunnah) itu okey.
Tapi kalau dah ada darah tinggi, janganlah cari pasal pergi bedal telur masin hari-hari.
Satu lagi isu panas yang Dr. Onn kupas: VAPE & ROKOK.
Mana lagi bahaya?
Dua-dua bahaya.
Tapi yang menakutkan pasal Vape ni, ia "Unregulated". Tak ada kawalan.
Dr. Onn cerita satu realiti yang buat saya meremang bulu roma.
Anak beliau darjah 6. Di sekolah.
Ada kawan sekelas hisap vape dalam kelas, depan cikgu!
Vape tu bentuk macam pen.
Dia buka pen, dia sedut, dia hembus. Cikgu ingat dia tengah gigit pen.
Dalam bekas pensel, ada dua pen, ada dua pemadam. Satu set betul, satu set vape.
Budak umur 12 tahun dah mula rosakkan paru-paru.
Paru-paru kita tak dicipta untuk sedut wap kimia.
Kita tak tahu apa kesan jangka masa panjang sebab benda ni baru.
Tapi bayangkan kalau dari umur 12 dah sedut, umur 20 nanti macam mana rupa paru-paru tu?
Isu terakhir yang paling kontroversi: VAKSIN & SAKIT JANTUNG.
Ramai orang kaitkan kematian mengejut orang muda sekarang dengan vaksin.
Dr. Onn tenang jawab isu ni.
Beliau dah rawat pesakit jantung muda (umur 19 tahun) sejak tahun 2003 lagi. Jauh sebelum Covid wujud.
Memang vaksin ada risiko kecil untuk radang jantung (myocarditis). Tak dinafikan.
Tapi Covid itu sendiri bawa risiko darah beku yang jauh lebih besar.
Dr. Onn kongsi kisah seorang pesakit wanita.
Wanita ni datang jumpa dia, lepas ambil vaksin, dia kena serangan jantung.
Dia yakin, "Doktor, ni mesti sebab vaksin."
Dr. Onn buat angiogram. Tengok saluran darah dia.
Tiga-tiga saluran darah utama tersumbat teruk dan keras melekatu dengan kalsium.
Dr. Onn tunjuk gambar tu kat pesakit.
"Puan, saluran darah ni nak tersumbat macam ni, nak jadi keras macam tulang ni, dia ambil masa bertahun-tahun. Bukan bulan lepas, bukan 6 bulan lepas."
Proses penyumbatan tu dah berlaku lama, cuma 'bom' masa tu meletup sekarang.
Jadi, jangan mudah sangat nak salahkan satu benda tanpa tengok cermin dulu.
Tengok balik gaya hidup kita 10 tahun lepas macam mana.
Apa yang kita makan?
Berapa banyak gula kita ambil?
Berapa banyak trans fat kita telan?
Kita hisap rokok tak?
Penyakit jantung tak datang dalam sehari. Dia hasil tuaian apa yang kita tanam bertahun-tahun.
Dr. Onn bagi nasihat akhir yang sangat "deep".
"Learn to be hungry." (Belajarlah untuk rasa lapar).
Tak payah makan setiap masa.
Puasalah.
Kalau lapar, dan tak ada makanan sihat, lebih baik tak payah makan daripada makan sampah.
Jangan mudah terikut-ikut nasihat kesihatan di media sosial yang pelik-pelik.
Cari doktor yang betul. Doktor yang "Accountable".
Yang kalau awak sakit pukul 3 pagi, dia ada untuk rawat awak.
Bukan influencer yang lepas bagi tips merepek, dia hilang entah ke mana bila awak sakit.
Kesihatan ni tanggungjawab kita sendiri.
Berhenti beli makanan proses.
Masuk pasaraya, beli bahan mentah.
Ayam mentah, sayur segar, buah segar.
Balik rumah, masak sendiri.
Itu kunci dia.
Jangan biar dapur berasap tapi yang dimasak cuma nugget dan sosej segera.
Jagalah jantung. Kita nak pakai lama.
Sumber : (24) Sakit Jantung Semakin Awal? Ini Realiti Sebenar! — You Sihat Podcast ft. Dr. Onn Akbar Ali
Sekian,
Tun Abah
Disclaimer : Dibawah adalah kupasan isi penting dari video berbentuk naratif supaya lebih memudahkan pembaca untuk fahami, jika ada point-point yang pembaca tidak bersetuju, saya memilih untuk berlapang dada, ia pendapat masing-masing
SUMBER -