Santai Pemuda jual belacan sahaja jadi jutawan pada umur 16 tahun

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,175
Reaction score
1,867
Points
206
Usaha anak muda ini luar biasa, mampu jadi jutawan pada umur 16 tahun lagi
Untitled-design366.png


October 29, 2020

Arziana Mohmad Azaman

KETIKA usianya baru mencecah 16 tahun, anak tunggal ini mampu menjana pendapatan lumayan dengan hanya menjual ikan bilis dan belacan yang dibuatnya sendiri.
Jika dilihat umurnya yang baru setahun jagung ketika itu, Mohd Aimy Shahril Mat Ali sudah mampu mengupah 10 pekerja yang lebih berusia dan berpengalaman untuk membantu beliau.

Kejayaan anak jati Kampung Seberang Takir, Terengganu itu turut dikongsikan di akaun Facebook Bahagian Pembangunan Usahawan Giatmara dan pernah tular dalam media sosial sejak 2016 lagi.

Untitled-design367.png


SinarPlus difahamkan, sejak kecil anak muda itu sudah ‘bermain’ dengan ikan bilis dan udang geragau dan kini usianya sudah menjangkau 19 tahun, kejayaannya cukup membanggakan.
Dipendekkan cerita, pada umurnya 13 tahun lagi beliau sudah didedahkan dengan cara pembuatan belacan oleh allahyarham bapanya, Mat Ali Sulong.

Usahawan muda itu kehilangan ibu tersayang pada sembilan tahun lalu. Bapanya pula, meninggal dunia sebulan lalu.

Untitled-design368.png


Memetik kata-kata pemuda yang tidak pernah kenal erti putus asa itu:
Saya sudah uruskan perusahaan ini sejak empat tahun lalu dan tak sempat nak ambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pun tetapi semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya.

“Alhamdulillah saya boleh hasilkan 1,000 ketul belacan sehari dan kalau ikutkan purata yang boleh saya jual dalam sehari tu dalam 700 ketul.
“Tipulah kalau saya tak pernah kena tipu dalam dunia perniagaan ini tetapi saya jadikan satu iktibar
.”

Ujarnya lagi, lazimnya beliau mampu memproses sebanyak 500 kilogram (kg) ikan bilis sehari, manakala sekitar bulan September hingga November pula, sebanyak 1,000kg ikan bilis (ketika ini jualan ikan agak murah).

Untitled-design369.png


Antara spesies bilis yang diproses adalah seperti bilis pucat, tembaga merah, bara, tembaga hitam, manakala spesis tembaga merah paling mahal dijual.
“Dalam sehari, saya boleh jual sehingga 100 kilogram bergantung kepada pasaran,” katanya lagi.
Sesungguhnya, ilmu yang diwariskan bapanya nampaknya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Mohd Aimy.
Mudah-mudahan adik ini terus berjaya menjadi salah seorang jutawan produk tempatan satu hari nanti. Insya-ALLAH.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,042
Reaction score
12,083
Points
1,906
baguslah, alhamdulillah
selamat maju jaya
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,175
Reaction score
1,867
Points
206
walaupun takdo PMR atau SPM, tapi hasil kojo keras anak mudo ni boleh gajikan pekerja sampai bergelar jutawan

this kind of education & success, you wont find in formal education such as in diploma, degree, masters or PHD

this is found in the school of hard knocks!
 

pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,590
Reaction score
388
Points
51
rezeki datang nya dari Allah SWT.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,803
Reaction score
310
Points
91
untung adik ni dpt mewarisi bisnes family dia..dia cuma teruskan je.dah mcm drama pukul 7 plak papa nak kamu amik alih bisnes papa huhu.teruskan dik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register