BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik Kedai Emas Rugi RM16,000 Gelang Tangan Dilarikan Pelanggan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pemilik Kedai Emas Rugi RM16,000 Gelang Tangan Dilarikan Pelanggan​

4a9cfa2955ab9c921469057a08a64dca6a145d71452b7

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor

Seorang pemilik kedai emas di Batu Enam, dekat sini kerugian RM16,000 selepas barang kemas dilarikan dua wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada kira-kira 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kehilangan gelang tangan emas 916 seberat 28.01 gram disedari pekerja wanita kedai itu selepas melakukan pemeriksaan stok.

Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang daripada suspek menyembunyikan gelang tangan itu di dalam beg tangan sebelum beredar dengan alasan ingin ke mesin pengeluaran wang automatik berdekatan.

“Pada awalnya suspek meminta jurujual menunjukkan tiga utas gelang untuk dicuba. Suspek pertama yang berjubah kelabu dan berpurdah memakai gelang itu dan menutupnya dengan menggunakan lengan baju.

“Suspek itu telah menjatuhkan gelang tersebut sebelum suspek kedua yang berjubah biru gelap mengalihkan perhatian jurujual dengan meminta untuk mencuba gelang lain sementara suspek pertama menyembunyikan gelang yang jatuh ke dalam beg tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register