BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Rugi RM317,000 Terperdaya Sindiket "Rawatan Tradisional"

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Warga Emas Rugi RM317,000 Terperdaya Sindiket "Rawatan Tradisional"​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang suri rumah warga emas kerugian RM317,000, selepas dipercayai terperdaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi rawatan tradisional dan upacara membuang nasib malang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata wanita tempatan berusia lingkungan 70-an itu, membuat laporan polis semalam berhubung kejadian pada 19 Julai lepas di kawasan Pasar Sibu.

Beliau berkata mangsa pada mulanya didatangi seorang wanita tidak dikenali, dipercayai warga China berdasarkan loghat percakapannya, yang bertanyakan lokasi kedai ubat tradisional Cina kononnya untuk mendapatkan ubat bagi ibu mertuanya.

“Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita dengan loghat percakapan sama menghampiri mangsa dan menawarkan untuk membawa mereka ke sebuah kedai, yang didakwa milik saudaranya.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan, sebelum seorang suspek mendakwa mampu membaca wajahnya dan memberitahu bahawa anak mangsa akan mengalami kemalangan jalan raya serius pada hari berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata suspek kemudian menawarkan satu upacara perlindungan dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai serta barang kemas untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang bimbang akan keselamatan anaknya mempercayai dakwaan itu dan menyerahkan wang tunai serta barang kemas dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM317,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Abang Zainal Abidin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional, ritual atau upacara membuang nasib malang dengan meminta wang tunai atau barang kemas.

 
Back
Top
Log in Register