BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Kepada Keluarga UMNO - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Kepada Keluarga UMNO - Ahmad Zahid​

5b80304f361f2d7261a3734c97b93ea86a708f528dd5b

Kredit: FB Zahid Hamidi

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran Mohd Radzi Rahimi yang maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, hari ini.

Beliau berkata pemergian Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Eddy satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memohon orang ramai untuk mendoakan agar Allahyarham Mohd Radzi sekeluarga diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Mohd Radzi, 40, dan tiga ahli keluarganya, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.

Kejadian yang berlaku di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong turut menyebabkan seorang kanak-kanak cedera, iaitu kembar kepada kanak-kanak yang maut.

 
Back
Top
Log in Register