BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembukaan Semula BSAS Imbau Memori Lama, Tarik Minat Generasi Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5ec95ec49e2c3aff5d5c8308b50bf60b6981c4bb7beb2

ea5ae350da5569fad09f2dd2fb2feccc6981c4da43c39

44867762709cb4b1ebef5b23b517e8396981c4f8810e4

96ea4c47945b4301873ebfd1f0ea15c26981c51a6276b

81a697204c0433498c312e4c755cd3406981c5395eb2c

a50776221f5ff2edad221b25b55e3cb16981c5568f05c

Suasana di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) di ibu negara kembali meriah apabila mercu tanda ikonik itu dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini, selepas ditutup selama setahun bagi menjalani kerja-kerja pemuliharaan tahun lalu.

Pembukaan semula Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) semalam bukan hanya menghidupkan kembali mercu tanda warisan negara malah membuka lembaran kenangan peribadi seorang wanita yang pernah menabur bakti di bangunan bersejarah itu lebih empat dekad lepas.

Bagi M. Saraswathy, 64, setiap sudut binaan batu dengan seni bina kolonial itu menyimpan 1,001 memori perjalanan hidupnya sebagai jurubahasa mahkamah pada 1980-an yang disifatkannya sebagai membanggakan untuk diceritakan kepada sesiapa sahaja.

“Saya bekerja sebagai jurubahasa mahkamah dengan Tan Sri V.C. George (bekas Hakim Mahkamah Rayuan) selama kira-kira 10 tahun. Bila saya melangkah masuk semula ke bangunan ini, saya terpaku. Semua memori menerpa satu per satu, tempat di mana saya berdiri, di mana saya bekerja.

“Saya datang pun sebab nak tengok semula tempat saya bekerja dulu. Mahkamah di tingkat bawah sekarang jadi galeri, di situlah tempat saya cari rezeki,” katanya ketika ditemui Bernama di BSAS.

Beliau berkata antara kenangan yang paling sukar dilupakan ialah peluang bersua muka dengan negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang hadir ke bangunan itu bagi urusan mahkamah.

“Saya jumpa Tuanku Abdul Rahman di koridor bawah. Detik itu sangat luar biasa. Selama ini hanya baca dalam buku sejarah tetapi hari itu saya melihatnya di depan mata,” katanya.

Mengenai pandangannya terhadap kerja pemuliharaan yang dilaksanakan, Saraswathy menyifatkan usaha tersebut berjaya mengekalkan keaslian seni bina bangunan warisan itu.

“Batu-batu asal masih ada, bentuk asal pun tidak diubah. Mereka cuma bersihkan dan cat semula. Itu yang buat saya puas hati,” katanya sambil berharap BSAS terus dipelihara sebagai khazanah negara serta dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong dan ruang pendidikan sejarah untuk generasi akan datang.

Sementara itu, pengunjung muda Nur Balqis Batrisyia Muhamad Hanipiah, 18, berkata meskipun menetap di ibu negara, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam bangunan bersejarah itu.

 
Back
Top
Log in Register