BTC USD 80,815.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembesar suara - Ustaz Azhar Idrus

Penang dah buat.

Moga Selangor pun sama satu hari nanti.

Johor payah sikit la; ustaz pun kena ban.

 
Last edited:
Penggunaan pembesar suara bagi ceramah, kuliah dihadkan
Nor Aziihan Md Ghazali
16 Oktober 2017

image.jpg


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh negeri ini hendaklah dihadkan hanya di dalam bangunan masjid dan surau kecuali untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Larangan ini bertujuan bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.

Baginda mengeluarkan titah berkenaan melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais hari ini.

http://www.sinarharian.com.my/edisi...r-suara-bagi-ceramah-kuliah-dihadkan-1.744067
 
patutlah dah tak dgr kuliah subuh/maghrib kek masjid negri, slalu bleh dgr sampai kek rumah

tapi surau dkt rumah den masih psg speker luar time ceramah/kuliah magrib/subuh ok aje
 
Ade thread baru pulak... Tp xpe ini isu baca quran... Baca quran kat rumah pon blh atau x Perlu pon pembesar suara...

Klu wirid lepas solat nak di isu kan, g cari kat YouTube tu UAI sendiri yg cakap toksah berbalah bab pembesar suara..boleh je guna...

And klu ceramah2 nak diisukan, yg dalam video2 ni aku nmpak pakai je pembesar suara...

Aku bg 2 scenario la

1 scenario ceramah politik
1 ceramah agama...

Adakah 2 2 nye haram menggunakan pembesar suara
 
Alhamdulillah.

Sultan Selangor dah arahkan.

Tapi semua masjid kat kawasan aku setakat ni belum buat.

Mungkin sebab tiada aduan dari penduduk :">
 
Last edited:
JAJ buat siasatan terhadap lelaki yang buat laporan polis berhubung tidurnya terganggu oleh Azan Subuh

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Johor (JAJ) akan menjalankan siasatan dakwaan seorang lelaki Melayu yang membuat laporan polis kerana mendakwa tidurnya telah terganggu oleh laungan tarhim dan azan Subuh yang kuat.

Menurut laporan dariBerita Harian, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, mengakui JAJ telah pun menerima laporan daripada lelaki tersebut dan mengarahkan pihak kadi menjalankan siasatan.

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” kata Noh dalam laporan tersebut.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu mendakwa, tidurnya terganggu akibat bacaan tarhim serta laungan azan Subuh yang kuat di kediamannya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang.

Dakwa lelaki itu, laungan tersebut 'terlalu kuat sehingga dia tidak selesa dan terganggu'.

Berikutan itu, lelaki tersebut turut melaporkan perkara itu kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), selain berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Menurut laporan lagi, tindakannya itu telah tersebar di laman sosial Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Salinan laporan polis yang dibuat lelaki itu juga telah dimuatnaik oleh portalohartis.com dan mendapat ribuan maklumbalas dari orang ramai

speakerganggu.jpg

Screen+Shot+2014-04-14+at+8.18.24+PM.png


Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasulullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam
isu berkaitan
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=503744
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=503640
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=502869
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=503589
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=503223
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register