BTC USD 86,439.1 Gold USD 4,341.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangkang Menang Besar

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?



Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan.. ..


Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa n NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)

Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara... RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.... ...
:mad:
 
Abdullah dan dongeng-dongeng dari Davos
Shirzad Lifeboat
Fri | Feb 15, 08 | 10:49:07 am MYT
Bagi segelintir rakyat Malaysia, sebut sahaja Davos, sebuah daerah terletak di timur Switzerland, Forum Ekonomi Dunia segera bermain di ruangan minda. Namun bagi kebanyakan anggota masyarakat luar bandar dan rakyat marhaen Malaysia yang ada di antaranya masih bersarapan ubi kayu dan teh bujang, atau bagi segolongan penduduk Sabah dan Sarawak yang masih mandi di sungai berlumpur dan berbuaya, Davos tidak membawa sebarang makna.
Namun di sinilah setiap setahun sekali (sejak 1971), para pemimpin dan tokoh tertentu pelbagai bidang dari seluruh dunia datang berkumpul bagi membincangkan agenda bersangkutan ekonomi dunia. Apa sahaja boleh menjadi tajuk perbincangan - dari ketandusan bumi Burkina Faso (sebelum 1984 dikenali sebagai Repubik Upper Volta) yang mengakibatkan kebuluran dan pelbagai gejala sosial (penjualan bayi dan kanak-kanak, amalan mencacatkan kemaluan wanita), sehinggalah kepada perdebatan takrif masyarakat awam global.
Para pemimpin politik dan industri dunia, malah dari negara termiskin sekalipun akan mengenakan pakaian designer termahal bagi menyesuaikan diri dengan majlis dan persekitaran. Mereka bukannya berada di sembarangan tempat tetapi di Switzerland, negara ke-7 terkaya di dunia (Malaysia di tangga ke-67, perangkaan International Monetary Fund, 2006).
Sementara ramai warga dunia yang tak tahu atau tak pernah mendengar nama Davos, tapi ramai yang tahu tentang Switzerland. Bank Swiss dikaitkan dengan pendepositan wang peribadi dalam skala yang terkeluar daripada liga kebanyakan hartawan tak kira di Malaysia atau di mana-manapun, ia juga adalah rumah kepada jenam Vacheron Constantin, jam tangan termahal di dunia (model Tour de l'lle dijual pada harga AS$1.5 juta). Jika anda kontraktor kerajaan dengan nilai perolehan projek dalam kiraan bilion ringgit, mungkin anda mahu memiliki sebuah Rolex Oyster Perpetual Date diperbuat daripada emas putih dengan harga AS$24,000. Tapi kalau anda hanyalah seorang Ahli Parlimen dari negara membangun yang mahu mula berjinak-jinak dengan dunia kemewahan, anda mungkin hanya mampu sebuah jam Rolex yang diperbuat dari keluli tahan karat yang berharga AS$4,000.
Davos, begitupun tidak begitu dikenali di dunia Timur. Namun bagi dunia Barat, Davos membawa kisah pelbagai harapan. Pengarang novel klasik Inggeris, Treasure Island, Robert Louis Stevenson yang menghidap batuk kering menghabiskan musim sejuknya di Davos pada 1880. Arthur Conan Doyle, pencipta watak penyiasat Sherlock Holmes pernah menulis tentang sukan luncur salji di Davos pada 1889.
Akhir Januari 2008 lalu, Davos kembali menjadi pusat yang melahirkan kisah-kisah berunsur harapan kepada 6.5 bilion penduduk planet Bumi apabila pemimpin dunia tiba di sini untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Ada yang datang dengan menaiki penerbangan komersil, dari ibu negara masing-masing dan mendarat di Zurich, Bern atau Geneva. Ada yang datang menerusi penerbangan sambungan kerana negara mereka tidak mempunyai perkhidmatan terus ke mana-mana destinasi di Switzerland. Dan terdapat juga sejumlah kecil yang tiba di negara itu dengan jet rasmi kerajaan, termasuk jet rasmi yang baru dibeli.
Apalah sangat dengan jet rasmi kerajaan sesebuah negara membangun. Ia bukanlah seperti Air Force One, jet rasmi Presiden Amerika Syarikat, sebuah pesawat Boeing 747-200B dengan ubahsuaian ratusan juta dolar Amerika. Mungkin ada jet rasmi kerajaan sebuah negara membangun yang bernilai cuma RM200 juta sahaja. Bukanlah mahal sangat. Kalau memang sudah sedia ada jet rasmi, tapi telah digunakan oleh pemimpin lalu, tak mengapa. Beli sahaja yang baru. Lagipun di Davos inilah masa terbaik untuk memberitahu dunia, 'Hey I'm the best leader of my country. That's the reason I am now the Prime Minister. I have all the 'angs – excellence, glory and distinction. No 'temberang', you know. This new government jet is nothing-lah compared to the mega projects worth by the billions I have announced for my people."
Memanglah menggunakan perkhidmatan penerbangan komersil lebih menjimatkan. Apa yang perlu dibayar adalah harga tiket (kelas pertama) yang telah diambil kira surcaj bahan api. Tapi bila jet rasmi digunakan kos bahan api yang dibayar daripada kumpulan wang kerajaan tidak setimpal dengan muatan yang diterbangkan. Cuma kelebihannya adalah bagi penumpang utama yang kuat tidur. Maka tidurnya tentulah lebih selesa jika dibandingkan dengan penerbangan komersil walaupun dalam kabin kelas pertama. Tentang mimpi, tak perlulah disebutkan. Segala-galanya lebih besar dan lebih mega dari mendiang Dr Martin Luther King Jr.
Bagi Malaysia pula, kita menghantar pemimpin dan rombongan ke Forum Ekonomi Dunia di Davos agar rakyat diberitahu tentang dua tiga orang pemimpin korporat antarabangsa yang memuji-muji ekonomi Malaysia dan kemudiannya pemimpin kita pulang ke Kuala Lumpur langsung memberi tahu rakyat kecekapan kerajaan Malaysia kini berada pada tempat ke-6 terbaik di dunia.
Kita sendiri kurang jelas bagaimana angka ke-6 yang turut dilaporkan akhbar arus perdana negara ini diperolehi sedangkan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) meletakkan butiran mengenai kecekapan kerajaan Malaysia ini sebagai berada di tempat ke-7.
Laporan yang menyebut Malaysia berada pada kedudukan keseluruhan ke-21 di dunia dari segi persaingan global itu turut memuji Malaysia walaupun rasuah juga pada kedudukan ke-21, tahap dan piawian audit di tangga ke-25, pemilikan telefon rakyat di tangga ke-69 (Box 5: Malaysia: A competitiveness appraisal 50 years after independence, The Global Competitiveness Report 2007-2008).
Mungkin kerajaan Malaysia mendapat pengkadaran yang begitu tinggi sehingga mengatasi UK, Jerman, Jepun dan Perancis kerana kita cuma mengambil masa paling lama dua minggu untuk melangsaikan pembayaran kepada kontraktor bekalan, perkhidmatan dan pembinaan. Ini diakui sendiri oleh Abdullah, "Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari. Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam. (Utusan Malaysia: Kita ke-6 terbaik dunia - Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis, 29 Jan 2008.)
Nampaknya kita memang 'terror' giler jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Kita sudah ada sistem sendiri yang lebih terkini dan lebih mampu menyemak segala baucer pembayaran dan segala dokumen sokongan yang dikemukakan dalam masa yang begitu pantas dan teliti. Agaknya sebab itu ada baucer bayaran projek mega yang hampir menyentuh RM1 bilion yang hilang daripada simpanan. Dan Laporan Ketua Audit Negara bagi kerajaan Persekutan dan Negeri pula tebal-tebal belaka dan mendedahkan pelbagai kesilapan pengurusan kewangan kerajaan termasuk lain-lain pengurusan seperti pemanggilan tender dan sebagainya. Itu baru, tahap penguditan, kita sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Global Competitiveness berada dikedudukan ke-25. Bagaimana kalau tahap penguditan juga di tempat ke-6? Mungkin agaknya Laporan KON akan menjadi empat kali lebih tebal.
Namun sudah tentulah Forum Ekonomi Dunia tidak akan memikirkan atau mengambil kira bagaimanakah cara kerajaan Malaysia memilih kontraktor untuk kerja-kerja yang bernilai ratusan juta atau beberapa bilion ringgit. Forum juga tidak mahu mengambil tahu berapa lamakan masa yang diambil bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, seperti banjir misalnya. Tujuh hari? 14 hari? Beberapa bulan?
Tapi bagi tenaga yang berada di sebalik laporan ini, walaupun dipimpin oleh seorang Profesor Harvard (Prof Michael E Porter, Harvard Business School), tentulah agak mustahil untuk memikirkan hal-hal lain mengenai prestasi kerajaan selain maklumat penting seperti berapa lama bayaran dapat dilangsaikan.
Bukan mudah untuk menyediakan laporan mengenai 131 buah negara yang menjadi ahli Forum Ekonomi Dunia dalam masa yang begitu singkat. Dan lebih sukar lagi memuji negara-negara terbabit walaupun keadaan sesebuah negara itu berada pada peringkat paling teruk. Tapi ia perlu dilakukan kerana kalau sesuatu laporan itu terlalu negatif, negara berkenaan mungkin tidak lagi menyertai Forum tersebut dan ini akan mengurangkan pendapatan yang boleh diterima oleh badan penganjur (sejak tahun 2002 Forum Ekonomi Dunia mengenakan yuran asas penyertaan sebanyak AS$250,000 setahun bagi setiap badan perniagaan dan juga kerajaan yang mahu menyertai Mesyuarat Tahunannya).
 
Begitupun anehnya, sekembalinya dari Davos, Abdullah cuma ghairah tentang beberapa perkara sahaja. Bagaimana pula dengan perkara-perkara lain mengenai Malaysia yang turut disentuh dalam Laporan tersebut? Kenapa tak komen sama? Sebab ia telah membuktikan betapa tidak efisyennya Umno-BN dalam mentadbir karya.
Tidak seperti Forum Ekonomi Dunia sebelum 2004 di mana Malaysia di wakili oleh Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu, adalah mudah untuk mencari gambar pemimpin Malaysia dalam browser popular Internet. Ini menunjukkan ketokohan Dr Mahathir begitu terbukti sehingga dunia mengenali dan dalam kes tertentu menghormati Malaysia. Berbanding dengan Forum Ekonomi Dunia yang baru berakhir di Davos, Switzerland akhir Januari lalu, gambar Bono, penyanyi utama kumpulan rock U2 dan gambar pelakon British Emma Thompson yang turut sama hadir dalam Forum berkenaan nampaknya lebih banyak berbanding dengan gambar Perdana Menteri Malaysia yang disiarkan oleh agensi berita Reuters menerusi Yahoo.
Pada zaman Dr Mahathir, Malaysia dikatakan lebih dihormati dunia kerana bukan sahaja beliau memiliki daya keintelektualan dan buah fikiran yang turut menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi dunia tetapi setidak-tidaknya Malaysia kelihatan menempa pelbagai kemajuan yang bersifat fizikal.
Walaupun beliau tidak membawa idea besar seperti Islam Hadhari tetapi apa juga pandangannya mengenai isu berkaitan dunia Islam terus mendapat perhatian. Sebaliknya idea Islam Hadhari yang cuba dipromosikan oleh Abdullah tidak begitu diterima, termasuk oleh negara-negara Islam sendiri.
Hari ini dunia tidaklah lagi memandang tinggi kepada Malaysia sebagaimana mereka melihat negara kita pada zaman Dr Mahathir. Oleh itu, Abdullah tidak perlu terlalu ghairah dengan kedudukan atau ranking kecekapan kerajaan Malaysia dalam membayar bil-bilnya. Abdullah sepatutnya turut juga menceritakan perkara lain yang dilaporkan oleh indeks tersebut.
Bagaimana pula dengan pelbagai peraturan kerajaan yang membebankan rakyat dan juga para pelabur asing dan tempatan. Malaysia berada di tempat ke-5. Nampaknya Malaysia antara paling terkemuka dalam soal beban yang wujud kerana peraturan kerajaan ini.
Kita juga sepatutnya diberitahu bahawa dari segi pembaziran wang kerajaan kita juga turut berada di tangga ke-6, iaitu antara 10 tempat teratas dalam senarai 131 buah negara. Interpretasinya mudah sahaja. Umno-BN yang memerintah selama ini tidak mampu menguruskan dana awam dengan efisien dan optimum. Dan ini begitu ketara menerusi pelbagai projek yang melebihi dari kos asal, projek yang tidak diperlukan dan sebagainya.
Abdullah banyak bercakap tentang ketelusan. Sepatutnya dari segi ketulusan ini juga berada di tangga yang teratas dan kalau menurut apa yang dihebohkan oleh Umno-BN kita patut mempunyai ranking di antara 10 teratas. Namun ranking kita dari segi ketelusan ini cuma ke-16 sahaja.
Bagaimana pula dengan efisyensi kerangka undang-undang kita dari segi melincinkan pentadbiran awam. Global Competitiveness Index (GCI) meletakkan kita pada ranking ke-18.
Bagaimana pula dengan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli politik yang berkuasa. GCI meletakkan Malaysia juga pada ranking ke-18 walaupun Abdullah dan pemimpin Umno-BN yang lain terus merasakan parti mereka mendapat keperyaan yang tinggi daripada keseluruhan rakyat. Sepatutnya kalau ikut apa yang dicanangkan oleh pemimpin Umno-BN, kepercayaan rakyat juga, setidak-tidaknya ada pada kedudukan ke-6.
Dari segi pembelian peralatan teknologi canggih, kita menduduki tempat ke-3. Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab kerajaan memang suka membeli pelbagai perkhidmatan dan barangan yang canggih-canggih untuk kegunaan golongan tertentu. Cuma kalau alat itu digunakan untuk rakyat biasa, seperti helikopter pengangkutan anggota tentera misalnya, maka ia tak perlulah teknologi yang canggih sangat. Second hand pun memadai.
Keberkesanan perkhidmatan polis pula berada pada tangga ke-31. Kebebasan kehakiman, ke-30; pilih kasih pegawai kerajaan dalam membuat keputusan, ke-23; talian telefon, ke-69; hutang kerajaan, ke-69; inflasi, ke-54; prestasi bank, ke-43; pengawalan ke atas bursa saham, ke-33 dan banyak lagi yang kita tidak hebat seperti yang dicanangkan oleh Umno-BN.
Jika rakyat diberitahu semua ini, sudah tentu ini semua akan menjadi igauan buruk bagi Abdullah dan Umno-BN terutama menjelang PRU-ke-12. Petanda buruk semacam sudahpun berlaku di Davos apabila kereta pemimpin (tidak dinyatakan siapa) dari Malaysia tersekat di atas salji dan terpaksa ditolak oleh pemandu dan pegawai keselamatan. Mungkin Umno-BN tidak sanggup menghadapi petanda-petanda buruk seterusnya. Tidak mustahil inilah yang memberikan ilham kepada Abdullah untuk mengadakan PRU-ke-12. - lanh
 
Last edited:
17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Wa lau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah
 
5 JANJI ANWAR IBRAHIM

Minyak Turun

Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk mengurangkan beban rakyat
Harga minyak distabilkan supaya harga barang, kos perkhidmatan dan kos perusahaan tidak melonjak demi kemudahan jelata.
Pendidikan Percuma

PENDIDIKAN PERCUMA
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk memberi pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, dan universiti.
Pendidikan percuma supaya setiap warganegara berpeluang memajukan diri dengan ilmu dan pendidikan berkualiti.
Jaga Kebajikan Rakyat

JAGA KEBAJIKAN RAKYAT
Kebajikan ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya, dan golongan miskin harus dijamin dan dipelihara tanpa kira kaum dan agama.
Anak-anak muda yang mahu berniaga akan diberi peluang dan galakan.
Mahkamah Adil & Saksama

MAHKAMAH ADIL DAN SAKSAMA
Mahkamah diperkasakan bagi memastikan kerajaan tidak lagi rasuah dan menyeleweng seperti yang berlaku hari ini.
Mahkamah bebas dari pengaruh politik supaya semua rakyat diadili dengan saksama dan sama-rata, tidak kira miskin atau kaya.
Polis Cekap, Rakyat Selamat

POLIS CEKAP RAKYAT SELAMAT
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan.
Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah.
 
Last edited:
5 JANJI ANWAR IBRAHIM


POLIS CEKAP RAKYAT SELAMAT
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan.
Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah.

Yang nie aku sokong... biar kawan dgn org utan
 
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990 )

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Nota : (ayat - ayat standard)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan
dinaikkan lagi pada TAHUN INI .

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi
menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat
penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk
sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral
kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi
?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal
layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan
kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri.
Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0
Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang
sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di
potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa
bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche
Telekom.. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia
tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala
Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang
sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes
tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja
nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga
RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan
dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang
tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan
minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand
lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada
bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan
kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat
lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di
Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta
Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak
ada AP di sana .

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar
kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual
sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal
sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30
tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP
ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga
RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia . Rakyat
Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang
- maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen
satu liter.

Malaysia Boleh!!!!
 
Back
Top
Log in Register