BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teo tak ambil mudah menang besar di Bahau

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Teo tak ambil mudah menang besar di Bahau​

c9aefb81-4453-4ef9-a832-ee811dc54d66-2_TEO_KOK_SEONG_CALON_PH_BAHAU_NEGERI_SEMBILAN_MOGANRAJ_F...jpg

Calon PH bagi Bahau, Teo Kok Seong berkata sentimen pengundi di Negeri Sembilan berbeza dengan apa berlaku di Johor.

Katanya, baki tempoh seminggu sebelum hari pengundian PRN Negeri Sembilan akan dimanfaatkan untuk bertemu seramai mungkin pemilih di kawasan tersebut.

“Walaupun sebelum ini menang majoriti 8,408 undi, saya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan DUN Bahau. Saya tidak menganggapnya mudah kerana setiap undi amat penting,” katanya kepada FMT.

Teo berkata, tumpuan kempennya merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Mengulas dakwaan gelombang sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Johor mungkin berlaku di Negeri Sembilan, Teo berkata sentimen politik di dua negeri itu berbeza.

“Itu Johor, ini Negeri Sembilan. Keadaan dan sentimen di sini berbeza,” katanya.

Mengenai kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN), Teo berkata perkara itu menjadi hak dua parti berkenaan, namun PH bersedia memberi saingan terbaik.

“Yang paling penting ialah rakyat memilih calon dan parti yang benar-benar dapat membantu rakyat serta menunaikan janji,” katanya.

Pada PRN 1 Ogos ini, Teo berdepan calon BN, Chong Fui Ming.
 
Back
Top
Log in Register