BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR, PH tak gadai kepercayaan untuk menang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

PKR, PH tak gadai kepercayaan untuk menang​

04ce4bc4-yb-senator-datuk-dr-fuziah-salleh-putrajaya-fauzi-yunus-160120264.jpg

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, berkata PH akan menekankan agenda pembangunan serta kebajikan sebagai paksi mendasari setiap langkah politik.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, berkata PRK berkenaan adalah pentas demokrasi untuk parti menawarkan dasar, rekod perkhidmatan, dan kepimpinan terbaik kepada rakyat.

“Berteraskan prinsip ‘bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat’, PH tetap bertegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam kamus strategi politik kami.

“Agenda pembangunan negara serta kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan berkesan ialah paksi serta tunjang utama mendasari setiap langkah politik kami,” katanya dalam catatan di Facebook.

Katanya, PKR kekal dengan pendirian sebarang keputusan politik di peringkat negeri sentiasa dinilai berdasarkan kepentingan serta aspirasi rakyat Negeri Sembilan.

PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan antara PH, Bersatu, dan BN-PN.

PH akan bertanding di semua 36 DUN, sementara BN-PN masing-masing 25 dan 11 kerusi, sementara Bersatu yang menggunakan lambang sendiri bertanding 24 kerusi.
 
Back
Top
Log in Register