BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres PKR Wajar Jadi Platform Rapatkan Saf, Menangi Kepercayaan Rakyat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,714
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,714
Reaction score
97
Points
80

Kongres PKR Wajar Jadi Platform Rapatkan Saf, Menangi Kepercayaan Rakyat​

85f47653a7aeae6243d93d5691d858166a7ff5560725b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kongres Nasional PKR 2026 wajar menjadi pentas untuk merapatkan saf, memperkukuh parti dan memenangi semula kepercayaan rakyat, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ex-Officio Biro Politik PKR berkata untuk itu, semua anggota diseru untuk menilai kelemahan, memantapkan organisasi dan memastikan seluruh jentera parti bergerak lebih efektif bermula daripada akar umbi hinggalah ke pimpinan pusat.

“Keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini menuntut kita bermuhasabah secara jujur. Kita mungkin kecewa dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi kita tidak boleh mengawal parti lain. Yang boleh kita perbaiki ialah parti kita sendiri. Jadi, marilah kita tumpukan sepenuh kudrat kita untuk memperkukuh parti.

“Jika rakyat belum melihat hasil yang telah kita usahakan, tanggungjawab itu juga terletak pada kita untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata semua anggota parti mesti mendengar keluh kesah rakyat dengan hati terbuka, serta tidak terlalu sibuk menjawab sehingga terlupa untuk memahami permasalahan sebenar.

“Dengar, akui apa yang belum selesai, kemudian tunaikan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul ketika ditemui pemberita pada kongres berkenaan berkata komunikasi berkesan dan penerangan dasar kerajaan termasuk aspek ekonomi kepada rakyat perlu diperkukuh, memandangkan terdapat maklum balas yang diterima mendapati rakyat tidak diberikan maklumat yang jelas dan mencukupi.

“Kita dapat lihat dalam pilihan raya negeri sebelum ini di Negeri Sembilan dan juga di Johor, ramai yang menyuarakan yang mereka tidak dengar, tidak mendapat setengah bantuan yang telah diumumkan. Jadi itulah, saya rasa dari segi komunikasi kita ada ruang untuk penambahbaikan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata terdapat juga kerisauan rakyat mengenai aspek makro ekonomi, yang masih tidak dapat dirasai mereka.

 

LIVE: Sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Kongres Keadilan Nasional​





Kongres Nasional Keadilan 2026 bermula​

1408-FUZIAH-AMK2.jpg


Foto BERNAMA

AYER KEROH, 14 Ogos – Kongres Nasional Keadilan 2026 membuka tirai hari ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan membawa tema ‘Memugar Reformasi, Membina Madani’.

RINGKASAN BERITA AI−
  • Kongres Nasional bermula esok dengan 2,594 perwakilan dan 1,773 pemerhati berdaftar.
  • Empat usul daripada Majlis Pimpinan Pusat termasuk Ucapan Dasar Presiden akan dibahas wakil daripada 14 negeri.
  • Ditambah empat wakil baharu mewakili veteran, minoriti OKU, orang asal dan wakil Borneo.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ia dimulakan dengan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Katanya, Kongres Nasional pula akan bermula esok yang akan disertai seramai 2,594 perwakilan, manakala setakat semalam, seramai 1,773 pemerhati telah mendaftar.

“Ada 4 usul daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) maka usul Ucapan Dasar Presiden dan 4 usul daripada MPP akan dibahas oleh wakil2 daripada 14 negeri. Tahun ini kita tambah 4 lagi wakil untuk berbahas kategorinya ialah kategori veteran, minoriti OKU, orang asal dan wakil Borneo,” katanya pada sidang media di MITC, di sini.
 
Back
Top
Log in Register