BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah diri, rapat saf, kata Tengku Zafrul

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah diri, rapat saf, kata Tengku Zafrul​

3dbffa68-tengku-zafrul-bernama-151224-1.jpg

Ex-Officio Biro Politik PKR Tengku Zafrul Aziz berkata parti itu perlu menilai kelemahan, memantapkan organisasi dan memastikan jenteranya bergerak lebih efektif, daripada akar umbi sehingga kepimpinan pusat. (Gambar Bernama)

Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu berkata, PKR perlu menilai kelemahan, memantapkan organisasi dan memastikan jentera parti bergerak lebih efektif, daripada akar umbi sehingga kepimpinan pusat.

“Jika rakyat belum melihat hasil yang telah kita usahakan, tanggungjawab itu juga terletak pada kita untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan berkesan.

“Pada masa sama, kita mesti mendengar keresahan rakyat dengan hati terbuka. Jangan terlalu sibuk menjawab sehingga terlupa untuk memahami. Dengar, akui apa yang belum selesai, kemudian tunaikan,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Beliau berkata, Kongres Nasional PKR 2026 ialah yang pertama dihadirinya sejak menyertai parti itu tahun lalu.

“Saya masih orang baharu dan ramai yang akan hadir di Melaka telah jauh lebih lama berjuang serta berkorban. Saya berkongsi pandangan ikhlas ini sebagai seorang anggota yang mahu melihat parti ini terus kukuh.

“Keputusan PRN baru-baru ini menuntut kita bermuhasabah secara jujur. Kita mungkin kecewa dengan rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan, tetapi kita tidak boleh mengawal parti lain.

“Yang boleh kita perbaiki ialah parti kita sendiri. Jadi, marilah kita tumpukan sepenuh kudrat kita untuk memperkukuh parti.”

Kongres Nasional PKR 2026 selama dua hari bermula semalam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan merasmikan kongres hari ini yang dijangka dihadiri kira-kira 2,500 perwakilan bersama sekurang-kurangnya 3,000 pemerhati dari seluruh negara.
 
Back
Top
Log in Register