BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekonomi berkembang rakyat kena rasa nikmatnya, kata Tengku Zafrul

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Ekonomi berkembang rakyat kena rasa nikmatnya, kata Tengku Zafrul​

8998d76b-7621-4b04-869b-75d8461286ef-tengku-zafrul-fb-150826-1.jpg

Bekas menteri Tengku Zafrul Aziz, berkata reformasi mesti diterjemahkan kepada hasil yang dapat dilihat dan dirasai rakyat. (Gambar Facebook)

Katanya, perkembangan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2026, 6%, mengatasi ramalan antara perkara yang perlu rakyat sendiri mendapat nikmatnya.

“Angka yang baik perlu diikuti dengan limpahan yang dirasai segenap rakyat.

“Tetapi, gerak kerja komunikasi kita juga perlu diperhebat agar rakyat tahu tentangnya. Jika rakyat tak tahu, Itu bukan salah rakyat. Itu kelemahan penyampaian kita sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, Anwar yang juga presiden PKR sudah menyebut beberapa perkara penting antaranya kepada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), selain baik pulih institusi penting rakyat seperti Felda.

“Terang dan jelas bahawa kerja kita jauh lagi daripada selesai. Insya-Allah kita akan dapat memenangi kepercayaan rakyat untuk terus melaksanakan agenda-agenda segar, demi rakyat.”

Awal hari ini, Anwar pada Kongres Nasional PKR di Melaka mengumumkan akan memansuhkan Auku kerana ada perkara belum memuaskan hati mahasiswa selepas beberapa pindaan dilakukan.

Beliau juga memberi isyarat kerajaan akan membongkar isu berkaitan Felda selepas menangani penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Katanya, perkara itu turut ditekankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam pertemuan dengannya baru-baru ini, yang mahu siasatan terhadap isu berkaitan institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH.
 
Cara utk rakyat rasa secara lamgsung perkembangan ekonomi

- naikkan STR
- Naikkan pelepasan cukai
- bagi diskaun kadar cukai pendapatan
- perluas jualan Rahmah
- bonus separuh gaji kpd staff kerajaan
- elaun khas kpd anak2 b40 yg masuk U
- mansuhkan duti stem dan deposit utk rumah pertama bawah 500k bagi b40
- pas pengangkutan awam bulanan yg murah
- buat skim yg subsidi klinik swasta utk galakkan rakyat pergi ke GP utk kurangkan kesesakan di jabatan Kecemasan dan Trauma bagi b40 dan m40
- naikkan kembali kuota minyak kpd 300L atau kekalkan 200L tp turunkan lg harga kpd rm1.90/L.

Antara lain
 
Back
Top
Log in Register