afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Biar PN-BN dengan isu perkauman, PH fokus pada agenda, kata Tengku Zafrul
Ahli biro politik PKR, Tengku Zafrul Aziz, ketika berkempen untuk calon PH, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, bagi DUN Pilah.
Ahli biro politik PKR itu menambah reaksi Barisan Nasional (BN) terhadap kenyataan yang dikaitkan dengan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor menunjukkan “ada banyak isu yang nampaknya tidak serasi” antara mereka.
“Yang penting PH kita fokus kepada apa yang kita buat. Apa yang berlaku di peringkat PN-BN itu kita biarlah,” katanya kepada pemberita ketika berkempen untuk calon DUN Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.
Tengku Zafrul menyahut kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa tiada pemimpin seharusnya membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain.
“Isu-isu perkauman ini tak patutnya tidak digunakan untuk politik,” katanya.
Sanusi dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya dua hari lalu dalam satu ceramah sempena PRN Negeri Sembilan.
Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”
Kenyataan tersebut mengundang kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk Pengerusi BN Zahid Hamidi yang mencadangkan Sanusi tidak perlu datang berkempen di Negeri Sembilan.
PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11 susulan persefahaman antara dua gabungan itu.
Sementara itu, Sanusi berkata, kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.