balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
ALOR SETAR – Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia mengharapkan pertimbangan kerajaan agar dapat mengurangkan bayaran saman yang dikenakan ke atas pemandu bas.
Pengerusinya, Sa’adan Man berkata, lebih 600 ahli persatuan berdepan bayaran saman yang tertunggak sekian lama atas pelbagai kesalahan trafik.
Katanya, permohonan pengurangan bayaran saman adalah untuk meringankan bebanan pemandu yang kurang berkemampuan untuk menjelaskannya.
“Kita harapkan kerajaan dapat mengurangkan bayaran saman atau diskaun sehingga 50 peratus sahaja.
“Itu sudah memadai bagi pemandu bas untuk membayar segala hutang yang tertunggak ,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sa’adan berkata, diskaun bayaran saman dicadangkan hanya untuk ahli persatuan pemandu bas semenanjung Malaysia yang mempunyai kad keahlian dibenarkan berbuat demikian.
“Setiap pemandu bas hanya perlu membawa kad keahlian ke balai polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa membuat pembayaran agar dapat diberikan diskaun bayaran saman.
“Ini adalah cadangan kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan supaya dapat membantu pemandu bas yang tidak pernah menerima sebarang kemudahan,” katanya.
Katanya, persatuan juga mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semula peraturan jalan raya yang melibatkan pemandu bas.
“Kalangan mereka amat terkilan dengan peraturan yang diguna pakai sekarang kerana setiap kesalahan pemandu bas akan dikaitkan dengan hukuman jenayah.
“Sedangkan pemandu bas bukan seorang penjenayah, tetapi seseorang yang telah berkhidmat untuk masyarakat dan negara mereka, seperti mana orang lain,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-minta-diskaun-saman-1.72740