BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ kutip RM93.51 juta saman menerusi program diskaun 50 peratus

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,526
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,526
Reaction score
1,681
Points
201
358334-358334.jpg


JPJ kutip RM93.51 juta saman menerusi program diskaun 50 peratus

Kuala Lumpur: Sebanyak RM93.51 juta dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat kelmarin menerusi program pengurangan saman 50 peratus.


"Dalam tempoh beberapa hari lagi ini, JPJ mengalu-alukan pemandu yang memiliki tunggakan saman untuk mengambil peluang diskaun 50 peratus ini.

"Jumlah kutipan saman RM93 juta (setakat kelmarin), jadi jumlah tertunggak masih banyak lagi sebanyak RM1.42 bilion," katanya pada sidang media Ops Pelbagai hari ini.

Menurutnya, jumlah saman tertinggi membabitkan AWAS iaitu 404,535 saman diikuti saman JPJ P(22) (295,955 kes), dan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Lembaga Pengangkutan Jalan (ALPKP) 1987 (2,116 kes).

Terdahulu Harian Metro melaporkan, pengguna jalan raya diberi tempoh dua bulan untuk menjelaskan saman tertunggak JPJ dengan diskaun sebanyak 50 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dilapor berkata, diskaun itu terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register