BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Tawar Diskaun Saman 50 Peratus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
bab075e9ff2d4032d8d058a23f82dc4e5e71f9cdc9309

Gambar fail

Pengguna jalan raya diberi tempoh dua bulan untuk menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan diskaun sebanyak 50 peratus bermula 1 Nov hingga 30 Dis ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata diskaun tersebut terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Beliau berkata orang ramai yang masih mempunyai saman tertunggak diminta mengambil peluang ditawarkan itu, dengan melakukan pembayaran di kaunter JPJ atau saluran pembayaran disediakan.

“Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50 peratus mulai 1 Nov hingga 30 Dis 2025.

“Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.

“Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Jan 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan  kepada umum termasuklah saman JPJ dan saman PDRM,” katanya pada Sidang Media Khas Op Gempur di sini malam tadi.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata JPJ melaksanakan Op Perang Lebih Muatan bermula 14 Okt hingga 31 Dis ini bagi membanteras isu kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Beliau berkata setakat hari ini, 27,300 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,017 dikesan  membawa barangan melebihi muatan.

“Sebanyak 1,696 pemandu dan pemilik kenderaan disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (P22), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, manakala sebanyak 96 lori turut disita.

 
Back
Top
Log in Register