BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Kolej Komuniti Selandar Maut Dalam Kemalangan Libat Tiga Kenderaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
eecd177f0af2e64cf83df98f04bbcc1669833bc202c0a

Kredit: Polis Alor Gajah

Seorang pelajar Kolej Komuniti Selandar maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.

"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda yang ditunggang pelajar terbabit dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Kolej Komuniti Selandar sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta Honda City yang dipandu seorang wanita berusia 48 tahun.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler yang dipandu lelaki berusia 49 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelanggaran berkenaan menyebabkan motosikal pelajar tersebut mengalami kerosakan teruk dan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka.

Ahmad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurul Salina Rosli di talian 011-2543 5507 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register