combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelajar Kolej Komuniti Maut Bertembung Ambulans Milik Sebuah Persatuan Di Jasin
Kredit: PDRM
Seorang pelajar kolej komuniti maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan ambulans milik sebuah persatuan di simpang tiga lampu isyarat Ayer Merbau di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 9.35 pagi itu, mangsa Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan, 18, yang menunggang motosikal dari arah Jasin menghala ke Bemban, mengalami kecederaan parah pada kepala, tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Lee Robert berkata mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 10.30 pagi.
“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Bemban manakala ambulans terbabit dari arah Ayer Merbau menghala ke Jasin.
“Setibanya di lokasi, kedua-dua kenderaan bertembung di tengah jalan di simpang berlampu isyarat,” katanya dalam kenyataan.
Lee berkata pemandu ambulans berkenaan dipercayai keluar dari simpang ketika lampu isyarat berwarna merah.
Beliau berkata pemandu ambulans berusia 41 tahun mengalami patah tangan manakala seorang pembantu perubatan berusia 24 tahun yang turut berada dalam ambulans mengalami luka pada bahagian lutut serta seorang lagi penumpang lelaki berusia 81 tahun tidak mengalami kecederaan.
Menurut Lee, polis turut memperoleh rakaman kamera papan pemuka daripada kenderaan yang berada di belakang ambulans itu manakala tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Kedua-dua kenderaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Alor Gajah untuk pemeriksaan.