BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Politeknik Maut Kemalangan Libat Empat Motosikal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

Pelajar Politeknik Maut Kemalangan Libat Empat Motosikal​

e746c6c7fe3bb9338e9d9be73411f1ad6a65da27da04c

Supt Ahmad Mohsin Md Rodi

Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan tiga lagi motosikal di Jalan Changlun-Kuala Perlis, Kampung Banat di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lelaki berusia 19 tahun itu yang cedera pada kepala dan patah kaki kanan disahkan meninggal dunia pada 7.38 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Beliau berkata anggota kaunter pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Arau menerima maklumat mengenai kejadian pada 2.10 pagi.

“Tiga lagi penunggang motosikal kesemuanya lelaki berusia 20 tahun termasuk seorang pelajar GiatMARA mengalami kecederaan. Mereka kini dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mohsin berkata berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku apabila kesemua mangsa yang menunggang motosikal dari Arau menghala ke Kangar itu telah bergesel semasa sendiri hingga menyebabkan pelanggaran.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register