BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Hartanah melalui Syahirah/KamaraGroup - projek terbengkalai

hangat..
sekarang dia buat projek casa melati kan. jutawan property gak.
dah tau org sama ketua dia..kene berhati2 sapa2 yg ade beli.
 
pi bodek spnb ambil alih projek tu....
 
Bulan nie mmg sgt2 sibuk, amik cuti tiap2 minggu ke sana ke mari utk settlekan projek ***** nan satu ni.

Ok my update:

1. Dah buat report dgn KPKT, jab. pemantauan swasta - tunggu surat pengesahan PROJEK TANPA LESEN.

2. Dah report jugak dgn Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor - tunggu surat PROJEK BERMASALAH. Tadi officer die call, die nak pegi site tengok progress projek.

Kat 2-2 jabatan nie, aku dah supply semua agreement yg berkaitan dan termasuk aktiviti jutawan property (KOPIHAS), nama Raja Kamarul tu mmg dah naik dah kat KPKT sebelum aku buat report lagik.


3. Skrang semua fail yg berkaitan projek under Syahira anak beranak diambik alih oleh HQ Bank Rakyat, Jln Tangsi, Sila call jabatan pemulihan - 03-2612 9783. Sila sebutkan nama projek anda, dan tanya progress die mcm mana. Menurut bank officer tu, projek derang yg kat Shah Alam tu dah mula berjalan, under Kamara. Aku ckp la kat die, Kamara tu anak kpd Syahira la. Same jerk entity-nyer. Projek nie takde lesen, tu pasal la umah aku nie pacak atap dgn dinding jerk, infrastructure tak boleh masuk.

4. Aku jugak pegi HBA (House Buyers Association), aku tunjuk segala agreement. Derang mmg aware dgn Syahira and baru pulak dgn nama Kamara. Nasihat derang, mintak aku pegi masukkan kaveat kat pejabat tanah hulu langat utk lock tanah tu, kot si kamara nie jual lot tu.

Selain tu, HBA jgk nasihatkan aku utk cancel BUY BACK AGREEMENT antara aku dgn Kamara (yg kata aku jual balik property tu kat kamara utk kamara serahkan kat 2nd buyer).

5. Aku dah call Raja Kamarul Associates yg sediakan semua agreement antara aku dgn Kamara. For info dah takde dah firm nie, skrang nie Logan Associates nama die. Lawyer yg sign agreement on behalf kamara tu pun dah tak practice lagik. Tapi aku still tulis surat aku nak ORIGINAL copy semua agreement dan POWER OF ATTORNEY letter utk aku cancel. Tindakan menunggu, chase dan carik lawyer.. aku tak tahula berapa fees die.

6. HBA pun ada suruh aku pegi kat BAR COUNCIL utk report pasal lawyer nie, sbb buat agreement dgn tujuan 'manipulate' org ramai.
 
7. Tempat yg belum aku jejak.. Biro Bantuan Guaman.

8. Sedang kumpul semua dokumen berkaitan utk aku menghadap kaunselor AKPK.

9. Projek rumah Nusa Lestari (yg aku beli), bank belum lagik buat site inspection.
 
pi bodek spnb ambil alih projek tu....


mcm mana nak bodek, aku tak tahu. Nak set komuniti pun susah, aku takde list nama buyer utk projek tu. Aku tunggu officer tu kasik aku la, derang ckp amik masa sikit nak check nama buyer.
 
Power, langkah yg proaktif

Respek ngan ladymeow

nama tu kurang sesuai dah, upgrade jadi ladyRoar, mengaum terus takde mengiau2 dah huhuhuuh
 
Thread ni akan jadi rujukan bila orang search nama kamara atau syahira, teruskan usaha murni anda

Semoga Allah akan membalas budi baik anda dengan secepat mungkin
 
saya mangsa juga.alhamdulillah for this discussion thread.dah bertahun saya nak cuba track mangsa2 syahira. say beli rumah under teratai seroja (anak syarikat) dekat hulu langat (semidi) but now tukar nama to Jutawan properties pastu dah jadi Jutawan network groups.Sangat2 menanti your updates!


dah berapa tahun usia projek tu?

loan mcm mana bayar?

u ade buat buy back agreement dgn kamara (yg kata die setuju kamara jualkan rumah tu ke 2nd buyer)....aku nak cancel agreement nie, tapi kalo buat ramai2, kot sape2 ada suggestion lawyer yg boleh buat, charge takde la mahal...amatlah dialu-alukan.
 
Power, langkah yg proaktif

Respek ngan ladymeow

nama tu kurang sesuai dah, upgrade jadi ladyRoar, mengaum terus takde mengiau2 dah huhuhuuh

ini kurang proaktif lagik nie, ada jugak terlintas nak buat blogspot khas utk projek nusa lestari mcm projek desa sri kerayong yg terbengkalai bertahun-tahun tu.

calling for farwan, kasik no contact you balik.. dah lost
 
Update: Officer Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dah sampai kat site Nusa Lestari Hulu Langat.

Ada satu lagik site Anjung Lestari, Sg Buloh. Sorang buyer die dah report kat Lembaga jugak. Mana pergi buyer lain, tak nak report ker? Ape la yg ko harap janji2 manis pakcik2 kat kamara tu?????
 
Back
Top
Log in Register