BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DDNK tawar pelaburan Private Mandate khusus golongan M40, B40

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,095
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,095
Reaction score
4,892
Points
266
Awards
1
51702985648_DDNKlabur.jpg


KUALA LUMPUR: Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) menawarkan produk pelaburan Private Mandate khusus untuk golongan M40 dan B40 di negara ini.

Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Bebas IPAM, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) memaklumkan tawaran pelaburan dibuka bermula serendah RM50,000 sahaja berbanding RM1 juta yang ditawarkan oleh Pengurusan Aset yang lain.

"Jadi kita berbeza. Produk yang kita bawa ni lain dari yang lain. Khas untuk mak cik-mak cik atau pak cik-pak cik, B40, M40, yang mana mereka boleh melabur serendah RM50,000, dan melalui duit itu boleh beli saham-saham besar di Amerika Syarikat," katanya.

DDNK berkata demikian dalam sidang media khas Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Market Outlook 2024 di Hotel Berjaya Times Square pada Selasa.

Dalam pada itu, DDNK turut berkongsi prestasi pulangan memberangsangkan Private Mandate kendaliannya setakat 30 November lalu iaitu 71.75 peratus bagi dana Super Aggressive diikuti Ultra Conservative (49.96 peratus), Conservative (48.08 peratus) dan Aggressive (41.96 peratus).

Bagi segmen Dana Borong kendalian IPAM pula, produk Interpac Dana Ghani mencatatkan pulangan sebanyak 111.68 peratus setakat 30 November lalu manakala Interpac Dana Abadi merekodkan pulangan 55.46 peratus.

Kesemua maklumat adalah daripada analisis yang dilakukan oleh Lipper Analytics dan Novagni Sdn Bhd.

Tambah DDNK, AI ini akan bertindak sebagai penasihat ekonomi peribadi dan kebolehannya telah diuji oleh pasukannya dan dijangka AI ini akan menjadi lebih baik daripada masa ke semasa.

“Kita boleh gunakan AI untuk rujuk tentang ekonomi, AI dan akan beritahu strategi yang tepat untuk dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, DDNK turut menasihatkan para pelabur agar tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak sah atau penipuan dalam talian yang menggunakan nama, gambar serta video beliau.

Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Salinan Prospektus, Prospektus Tambahan, Lembaran Sorotan Produk (Product Highlights Sheet - PHS), Memorandum Maklumat (Information Memorandum), dan Perjanjian Mandat Persendirian (Private Mandate Agreement) yang berkaitan sebelum melabur.

Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin.

"Para pelabur perlu membuat penilaian sendiri tentang kelebihan dan risiko pelaburan. Jika ragu, pelabur perlu mencari nasihat profesional," katanya.

Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin.

"Para pelabur perlu membuat penilaian sendiri tentang kelebihan dan risiko pelaburan. Jika ragu, pelabur perlu mencari nasihat profesional," katanya.

 
Sponsored Post

Sudah la...haritu bukan nak terciduk ke .nasib dapat recover kan...
Rm50k B40 mana yang ada...agak2 la..
Itu la psal.. b40 ni kdg2 dpt gaji hari ke 2 dah abis byr sana sini..mane nak cekau Rm50k.. lain la lasb yg mmg bole apply kt bank..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register