Bulan nie mmg sgt2 sibuk, amik cuti tiap2 minggu ke sana ke mari utk settlekan projek ***** nan satu ni.
Ok my update:
1. Dah buat report dgn KPKT, jab. pemantauan swasta - tunggu surat pengesahan PROJEK TANPA LESEN.
2. Dah report jugak dgn Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor - tunggu surat PROJEK BERMASALAH. Tadi officer die call, die nak pegi site tengok progress projek.
Kat 2-2 jabatan nie, aku dah supply semua agreement yg berkaitan dan termasuk aktiviti jutawan property (KOPIHAS), nama Raja Kamarul tu mmg dah naik dah kat KPKT sebelum aku buat report lagik.
3. Skrang semua fail yg berkaitan projek under Syahira anak beranak diambik alih oleh HQ Bank Rakyat, Jln Tangsi, Sila call jabatan pemulihan - 03-2612 9783. Sila sebutkan nama projek anda, dan tanya progress die mcm mana. Menurut bank officer tu, projek derang yg kat Shah Alam tu dah mula berjalan, under Kamara. Aku ckp la kat die, Kamara tu anak kpd Syahira la. Same jerk entity-nyer. Projek nie takde lesen, tu pasal la umah aku nie pacak atap dgn dinding jerk, infrastructure tak boleh masuk.
4. Aku jugak pegi HBA (House Buyers Association), aku tunjuk segala agreement. Derang mmg aware dgn Syahira and baru pulak dgn nama Kamara. Nasihat derang, mintak aku pegi masukkan kaveat kat pejabat tanah hulu langat utk lock tanah tu, kot si kamara nie jual lot tu.
Selain tu, HBA jgk nasihatkan aku utk cancel BUY BACK AGREEMENT antara aku dgn Kamara (yg kata aku jual balik property tu kat kamara utk kamara serahkan kat 2nd buyer).
5. Aku dah call Raja Kamarul Associates yg sediakan semua agreement antara aku dgn Kamara. For info dah takde dah firm nie, skrang nie Logan Associates nama die. Lawyer yg sign agreement on behalf kamara tu pun dah tak practice lagik. Tapi aku still tulis surat aku nak ORIGINAL copy semua agreement dan POWER OF ATTORNEY letter utk aku cancel. Tindakan menunggu, chase dan carik lawyer.. aku tak tahula berapa fees die.
6. HBA pun ada suruh aku pegi kat BAR COUNCIL utk report pasal lawyer nie, sbb buat agreement dgn tujuan 'manipulate' org ramai.