hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis siasat penemuan objek menyerupai bom, nota ugutan di kawasan kilang
Sungai Petani: Penemuan satu objek menyerupai bom bersama satu nota berbaur ugutan menggemparkan pekerja di sebuah kilang di Bukit Selambau, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja wanita di kilang terbabit pada jam 12.30 tengah hari berhubung penemuan objek itu di hadapan pintu utama pejabat pentadbiran kilang berkenaan.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya memanggil Unit Pemusnah Bom (UPB) dan hasil semakan yang dilakukan mendapati objek itu menyerupai satu unit bom tangan, namun ia tidak berfungsi.
"Maksudnya bom itu bukan yang lengkap, ia tidak lengkap dan menyerupai bentuk bom tangan.
"Jadi, kita akan buka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kita akan siasat dari pelbagai sudut, sama ada pihak pengurusan ataupun pekerja pernah mengalami ugutan sebelum ini," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
Hanyan berkata, hasil pemeriksaan mendapati objek itu adalah bom tiruan dan secara penglihatan kasar menyerupai bom tangan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kawasan itu tidak diliputi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Kita ada saksi dan kita dalam proses siasatan awal, jadi tidak dapat dedahkan lagi saksi ini.
"Nota itu tertulis dalam bahasa Melayu berwarna merah iaitu 'berhenti operasi' dan sama ada operasi apa, kami pun masih dalam siasatan lanjut," katanya.
Kredit