BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Terselamat Jatuh Dari Ketinggian 9 Meter Bangunan Kilang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pekerja Terselamat Jatuh Dari Ketinggian 9 Meter Bangunan Kilang​

ff5a8c9a64ec24a1896f07f9226d24d86a47ad4268e2e

Kredit: JBPM Perak

Seorang pekerja kilang terselamat selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter sebuah bangunan kilang simen di Kawasan Perindustrian Tasek, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.50 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Mangsa iaitu lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan ringan dan terseliuh akibat terjatuh dari silo ke bumbung sebelum ke dalam bangunan kilang.

“Ketua operasi dimaklumkan mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di atas silo kilang sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan mengarahkan anggota bomba membawa mangsa turun dengan mendukung dan memapahnya ke ambulans.

Mangsa kemudian diperiksa oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM manakala operasi tamat sepenuhnya pada 6.26 petang.

 
Back
Top
Log in Register