BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Pembinaan Maut Jatuh Dari Perancah Di Bayan Lepas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Pekerja Pembinaan Maut Jatuh Dari Perancah Di Bayan Lepas​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


GEORGE TOWN, 5 Sept (Bernama) – Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari perancah setinggi kira-kira tujuh meter ketika menjalankan kerja-kerja merombak perancah di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas, di sini, Jumaat lepas.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari ketika mangsa sedang menuruni perancah untuk berehat bagi makan tengah hari.

“Semasa menuruni perancah tersebut, mangsa telah terjatuh dari ketinggian kira-kira tujuh meter ke lantai.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan Arahan Menghentikan Aktiviti Kerja serta Larangan Kacau Ganggu bagi memelihara kawasan kejadian dan memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

JKKP memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada majikan dan saksi bagi mengenal pasti punca kemalangan serta menentukan tahap pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15, Seksyen 18A dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], selain peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register