BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telefon jatuh dari angkasa lepas masih berfungsi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Telefon jatuh dari angkasa lepas masih berfungsi​

casinfg-telefon-ragam.jpeg

SEBUAH iPhone 17 Pro yang dilindungi dengan casing AirX dijatuhkan pada ketinggian 30,607 meter dari angkasa lepas. - RhinoShield

STOCKHOLM – Sebuah syarikat pengeluar sarung telefon bimbit memecahkan Guinness World Records apabila sebuah iPhone 17 Pro dilindungi dengan sarungnya masih sempurna selepas dijatuhkan dari angkasa lepas, lapor portal berita Tom’s Guide.

Firma RhinoShield menerbangkan telefon itu dengan belon altitud tinggi dari Kiruna di Sweden, sebelum dijatuhkan pada ketinggian 30,607 meter tanpa payung terjun atau jaring keselamatan.

IPhone 17 Pro yang dilindungi sarung AirX itu jatuh selama 25 minit dan melalui suhu antara -40 darjah Celsius sehingga 60 darjah Celsius.

Pasukan penyelamat mengambil masa lima jam untuk menemukan telefon itu. Ia dilaporkan masih berfungsi dan boleh membuat panggilan serta merakam gambar.

Rhinoshield mencatatkan rekod dunia ‘Kejatuhan Tertinggi Telefon Bimbit dalam Sarung Telefon’.

Menurut Rhinoshield, persiapan untuk ujian tu mengambil masa setahun, dengan kerjasama sebuah syarikat aeroangkasa dan menelan kos  AS$500,000 (RM2 juta). – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register