BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Australia siasat 6 sfera angkasa lepas terdampar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,801
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,801
Reaction score
98
Points
80

Australia siasat 6 sfera angkasa lepas terdampar​

6-sfera-misteri-ragam.jpeg

Enam sfera hitam misteri ditemui terdampar di Pantai Forest di utara Queensland, Australia baru-baru ini. - Jabatan Bomba Queensland

CANBERRA – Pihak berkuasa Australia menjalankan siasatan untuk mengenal pasti asal usul beberapa sfera hitam misteri yang terdampar di sebuah pantai di utara negeri Queensland pada hujung minggu lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Enam bola hitam yang ditemukan di Pantai Forrest, utara Townsville itu dipercayai berasal dari  angkasa lepas dan kini diperiksa oleh Agensi Angkasa Australia (ASA).

Pasukan kecemasan dilihat memakai sut pelindung sambil memindahkan sfera tersebut ke dalam tong bahan berbahaya (hazmat) di bawah kawalan polis kerana bimbang ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.

Jabatan Bomba Queensland memaklumkan kawasan larangan sejauh 50 meter masih dikuatkuasakan di sekitar lokasi penemuan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang ditemui di kawasan itu dan segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Pelbagai spekulasi tersebar di internet, antaranya mendakwa sfera tersebut merupakan tangki bahan pendorong milik kapal angkasa yang berkemungkinan mengandungi sisa bahan mudah terbakar atau bahan kimia reaktif. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register