BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Jatuh Laut Ditemukan Lemas 400 Meter Dari Pulau Batu Layang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Nelayan Jatuh Laut Ditemukan Lemas 400 Meter Dari Pulau Batu Layang​

74c6f3d08aa88f4a6fec934672947cf664cf8e7c9c522


Nelayan yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di perairan Sungai Baru, berhampiran Pulau Batu Layang dekat sini pagi semalam, ditemukan lemas kira-kira 400 meter dari pulau itu hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata Khairul Amir Bahroom, 33, ditemukan pada 8.25 pagi oleh komuniti nelayan yang memaklumkan perkara itu kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pihak operasi menerima maklumat daripada komuniti nelayan dan Bot Benteng 1207 digerakkan untuk mengambil serta membawa mayat ke Jeti Kastam Kuala Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut kira-kira 3.30 pagi semalam selepas memasang bubu untuk menangkap udang bersama-sama abangnya.

Abang mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum kembali ke daratan dan membuat laporan polis.

 
Back
Top
Log in Register