BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPN Gempur Kilang Getah 22 Pekerja Asing Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPN Gempur Kilang Getah 22 Pekerja Asing Ditahan​

236785f3c190ea4203ee6efcda37897c6a747368056ee

472b93419cc2a4072521bbe08de3ebb96a74734951a03

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mazhad Abdul Aziz bercakap kepada pemberita pada Operasi JPN Putrajaya di sebuah kilang di Pelabuhan Klang hari ini.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan menahan 22 pekerja asing yang menggunakan kad pengenalan palsu serta milik orang lain dalam serbuan di sebuah kilang getah di Sungai Kapar Indah, Klang.

Pengarah Penguatkuasaan JPN Mazhad Abdul Aziz berkata serbuan menerusi Ops Getah pada 3 petang itu melibatkan pemeriksaan terhadap 74 individu di premis berkenaan, dan 24 daripadanya ialah rakyat tempatan.

“Tindakan menahan 21 wanita dan seorang lelaki warga Indonesia berumur antara 28 hingga 55 tahun itu dilakukan sejurus pemeriksaan mendapati mereka menggunakan MyKad yang tidak sah.

“Kesemua individu yang ditahan akan dibawa ke JPN Putrajaya bagi proses tindakan dan siasatan selanjutnya di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya pada sidang media selepas menyertai Ops Getah di sini, hari ini.

Beliau berkata individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Mazhad berkata pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya terhadap 28 individu di premis sama turut mengesan 14 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Risikan telah dijalankan sepanjang tempoh satu bulan untuk mendapatkan keberadaan Orang Yang Disyaki (OYDS) sebelum tindakan serbuan dilakukan di kilang ini.

“Operasi terancang dan bersepadu ini dilaksanakan bertujuan membanteras penyalahgunaan dokumen pengenalan diri, khususnya kad pengenalan dalam kalangan pekerja warga asing,” katanya.

Ops Getah berkenaan disertai 65 anggota yang terdiri daripada 40 anggota JPN dari Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan bersama 20 anggota JIM Putrajaya serta lima anggota Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor.

 
Back
Top
Log in Register