BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket godam sistem pas pekerja asing, 7 penjawat awam antara 12 ditahan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Sindiket godam sistem pas pekerja asing, 7 penjawat awam antara 12 ditahan​

2966f178-macc-chief-commissioner-abd-halim-aman-bernama-pic-15626.jpg

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata individu ditahan termasuk dua pengarah syarikat, empat pegawai imigresen, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Imigresen serta seorang pegawai polis. (Gambar Bernama)

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai imigresen, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Imigresen serta seorang pegawai polis ditahan dalam Ops Crack sejak semalam.

“Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama imigresen pada petang semalam, 12 individu berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang di Ibu Pejabat SPRM serta Imigresen Pulau Pinang.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS 2011 tanpa membuat bayaran levi bagi pas yang dikeluarkan dan sebanyak 1,306 PLKS palsu dikeluarkan sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang dianggarkan RM2.4 juta,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, SPRM turut menggeledah beberapa premis syarikat dan pejabat imigresen di Pulau Pinang serta Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman.

Jelasnya, operasi itu hasil perkongsian maklumat antara Bahagian Perisikan SPRM dan imigresen sejak Mei 2026 di sekitar Lembah Klang serta Pulau Pinang.
 

Empat Pegawai Imigresen Antara 12 Ditahan Godam MyIMMs​

1808c2a74ad0785a29b9b39a1f5c93a46a4f42d76371c

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman

Empat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM antara 12 individu ditahan menerusi operasi bersepadu bagi menumpaskan kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah, petang semalam.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman berkata turut ditahan dalam operasi dilaksanakan agensi itu dengan kerjasama JIM ialah dua pengarah syarikat, tiga warga asing dan seorang pegawai polis.

Beliau berkata kesemua suspek berumur lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan antara 2 dan 5 petang di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang

"Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS tahun 2011 tanpa membuat bayaran levi pas yang dikeluarkan.

“Sebanyak 1,306 PLKS palsu dikeluarkan menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Halim berkata penggeledahan turut dijalankan di premis syarikat serta pejabat JIM di Pulau Pinang dan Putrajaya.

Beliau berkata operasi berkenaan adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara Bahagian Perisikan SPRM dan Bahagian Perisikan JIM yang dilaksanakan sejak Mei lepas di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Beliau berkata operasi itu turut dibantu Cyber Security Malaysia (CSM), Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi permohonan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.

 

12 Individu Termasuk Enam Pegawai Imigresen Direman Bantu Siasatan Godam MyIMMs​

1561cd233eb1d33aaa57eb30b7b2ae035e3a3e923397d


Sebanyak 12 individu, termasuk enam pegawai Jabatan Imigresen direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Susulan keputusan itu, lima suspek direman tiga hari bermula hari ini manakala tujuh lagi suspek direman dua hari.

Selain empat pegawai imigresen dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat jabatan itu, turut direman ialah dua pengarah syarikat, tiga warga asing serta seorang pegawai polis, kesemuanya berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an.

Kesemua suspek ditahan secara berasingan antara pukul 2 hingga 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat Imigresen Pulau Pinang menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen sejak Mei lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal mendapati sindiket itu telah meluluskan 1,306 PLKS palsu menggunakan kuota 2011 tanpa sebarang bayaran levi pas, sekali gus menyebabkan kerugian dianggarkan RM2.4 juta kepada kerajaan.

“Siasatan awal juga mendapati sindiket itu bertindak membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan PLKS kepada pegawai imigresen terbabit sebagai balasan meluluskan permohonan tanpa mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata operasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang itu turut dibantu CyberSecurity Malaysia (CSM), Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM dengan operasi menggeledah dijalankan di premis syarikat serta pejabat imigresen di Pulau Pinang dan Putrajaya.

Dalam operasi itu, SPRM menyita harta alih, antaranya wang tunai bernilai RM186,360, SGD700, barangan kemas bernilai RM15,700 dan pelbagai peranti elektronik termasuk telefon bimbit serta komputer riba yang dianggarkan bernilai RM36,000.

 
Back
Top
Log in Register