BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai AKPS Pelabuhan Klang Terima Ugutan Tembak Ketika Bertugas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,392
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,392
Reaction score
346
Points
141

Pegawai AKPS Pelabuhan Klang Terima Ugutan Tembak Ketika Bertugas​

73ee993dc5ac25c226e825423adc908269de1dd133e82

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal

Seorang pegawai penguat kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata laporan terhadap suspek yang dipercayai merupakan seorang ejen sebuah syarikat telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang jenayah yang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

“AKPS menegaskan bahawa sebarang bentuk ugutan, intimidasi, gangguan atau cubaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah perbuatan yang serius dan tidak akan dikompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata pihaknya juga komited untuk mempertahankan keselamatan serta kebajikan pegawainya dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan melindungi keselamatan sempadan negara.

Beliau berkata AKPS akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan yang sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan berdepan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register