BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai JPJ maut ditetak

Jenazah pegawai JPJ selamat dikebumi

PONTIAN 28 Jan 2017 - ANAK Allahyarham Jaiman Sapar,Fatin Shazreen menyiram air mawar diatas pusara di Tanah Perku dekat Benut,di sini hari ini. Turut hadir mmberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan (paling kiri). - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI

image.jpg
 
Sempat balas mesej 5 minit sebelum dibunuh

PONTIAN 28 Jan. – Allahyarham Jaiman Sapar, 53, sempat membalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada anak keduanya kira-kira lima minit sebelum maut ditetak di pekarangan rumah sewanya di sini semalam.


Menurut Fatin Shazreen, 27, dia menghantar pesanan ringkas memaklumkan bapanya mengenai rawatan penyakit payudara yang dihidapinya.

“Saya memberitahunya akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selepas mendapat rawatan di Terengganu sebelum ini.

“Saya menghantar mesej Whats*App pukul 12.10 tengah hari dan arwah menjawabnya. Namun pukul 1 petang saya mendapat panggilan telefon daripada keluarga di Pontian mengenai kejadian yang menimpa ayah,” katanya ditemui pemberita selepas bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Ismail di sini, pukul 9.30 pagi ini.

Kira-kira 200 penduduk tempatan termasuk dua bekas isteri dan empat anaknya selain rakan sekerjanya dari daerah ini, Batu Pahat dan Seremban, Negeri Sembilan menghadiri pengebumian tersebut.

Allahyarham yang merupakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian ditetak lelaki tidak kenali sebaik sahaja tiba di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom di sini pu*kul 12.38 te*ngah hari.

Mangsa yang merupakan seorang duda cedera parah ditetak di leher dan bahu serta ditusuk di bahagian perut serta disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian.

Jaiman merupakan anak kelima daripada lapan beradik dan sudah 33 tahun berkhidmat de*ngan JPJ dengan jawatan sejak tiga tahun lalu sebagai Pemeriksa Kereta Motor.

Sementara itu rakan sekerjanya, Sharin Shariff, 38, terkejut de*ngan kejadian yang menimpa rakan sejawatnya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang baik dan amat disenangi rakan sekerja.

“Kami semua amat terasa kehilangan beliau yang dianggap sebagai bapa kerana selalu menjadi tempat rujukan meminta nasihat sama ada mengenai tugas atau perkara lain,” katanya.

Seorang lagi rakan sekerja Allahyarham, Farah Hazlin Abdul Rahman, 38, memberitahu, kira-kira dua minggu lalu arwah menasihati mereka agar banyak minum air masak dan kurang mengambil air manis serta bergas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan dan ketika ini beberapa penagih dadah tegar sudah ditahan yang dipercayai boleh membantu siasatan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...sebelum-dibunuh-1.437581#sthash.kpUNibCt.dpuf
 
3 didakwa bunuh pegawai JPJ

image.jpg

Mohammad Khalifah (kanan), S. Ragu (tengah) dan Abdul Shukur dihadapkan ke mahkamah atas perbunuhan membunuh seorang pegawai JPJ tahun lalu di Mahkamah Majistret Pontian di sini hari ini. Foto oleh NUR AISYAH MAZALAN

PONTIAN - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian, awal tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Khalifah Yahya, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S. Ragu, 38, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret Azlan Bohari.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga penganggur itu didakwa bersama-sama membunuh Jaiman Sapar, 53, di halaman sebuah rumah tidak bernombor di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan ketiga-tiga lelaki berkenaan kira-kira pukul 1 tengahari, 27 Januari 2017.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Mac depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat serta penetapan tarikh untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru.


http://www.kosmo.com.my/negara/tiga-penganggur-dituduh-bunuh-pegawai-jpj-1.607649
 
Syukur doa dimakbulkan

0212rs04_cropped_1518409202.jpg


“SAYA bersyukur pada Allah SWT kerana memakbulkan doa saya," kata Siti Pujinah Sapar, 50, adik kepada mangsa bunuh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian dalam kejadian di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong, di sini, pada Januari tahun lalu.


Suri rumah itu berkata, dia bersama keluarga bersyukur kerana penantian hampir setahun berakhir dengan penangkapan tiga individu yang dituduh membunuh mangsa.

"Sebelum ini kami tertanya-tanya siapakah individu bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam terhadap arwah abang.

"Akhirnya semua persoalan itu terungkai selepas dimaklumkan polis sudah menahan tiga individu yang mempunyai kaitan kes itu," katanya ketika mengikuti prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Pontian, pagi ini.

Katanya, dia tidak mengenali tiga lelaki didakwa pagi ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa mengikut lunas undang-undang.

Mengulas lanjut katanya, arwah abangnya mempunyai empat orang anak dan sudah empat tahun berkhidmat di JPJ Pontian sebelum meninggal dunia pada hari kejadian tahun lalu.

"Saya dapat tahu suspek ditangkap minggu lalu selepas dimaklumkan polis. Pada hari ini, saya bersama ahli keluarga datang ke mahkamah pada 9 pagi untuk mendengar sendiri pertuduhan itu," katanya yang meninggalkan perkarangan mahkamah pada 11 pagi ini.

Terdahulu, tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian dalam kejadian pada Januari tahun lalu.

Semua tertuduh, Mohammad Khalifah Yahya, 24, Abdul Shukur Abdul Ghani, 26, dan S Ragu, 38, mengangguk kepala tanda faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu dan Tamil.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azlan Bohari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa membunuh Jaiman Sapar, 54, di halaman rumah di Parit Pak Intan, Kayu Ara Pasong, di sini.

Mereka dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu pada jam 1 tengah hari, pada 27 Januari tahun lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/312148/syukur-persoalan-terungkai
 
Oo ingatkan indon yg main tetak2 ni
Persoalan telah terjawab
 
Back
Top
Log in Register